Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rupanya Ada Penjelasan Psikologi, Rahsia Pelayan Mamak Cekap Ambil Pesanan

PSIKOLOGI MAMAK cekap ambil PESANAN
Kredit: Bernama

Rupanya Ada Penjelasan Psikologi, Rahsia Pelayan Mamak Cekap Ambil Pesanan

Kalau korang perasan, dari dulu lagi ‘anne’ restoran mamak ambil pesanan tanpa sebarang catatan, cukup dengan goyangkan kepala sebagai tanda pesanan diterima.

Situasi ini sebenarnya telah lama dibincangkan dalam dunia psikologi yang melibatkan cara otak berfungsi dan dikenali sebagai Teori Kesan Zeigarnik.

Teori Kesan Zeigarnik merujuk kepada kecenderungan manusia untuk mengingati tugasan yang belum selesai. Kebiasaannya, tugas yang telah selesai kurang diingati.

Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via Flow

Teori ini kali pertama diperkenalkan oleh ahli psikologi Soviet, Bluma Zeigarnik sekitar tahun 1927.

Keadaan ini dikenal pasti selepas melihat satu situasi yang menarik berlaku di sebuah restoran.

Ketika itu, profesor kepada Zeigarnik, Kurt Lewin mendapati pelayan di restoran berkenaan dapat mengingati pesanan pelanggan yang belum dibayar.

Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via Flow

Namun, selepas pesanan tersebut dibayar, pelayan berkenaan tidak lagi mengingati butiran pesanan itu.

Situasi itu memberi ilham kepada Zeigarnik untuk menjalankan satu eksperimen untuk menguji fenomena tersebut.

Keputusan eksperimen menunjukkan tugasan yang belum selesai mencipta tekanan dalam minda. Keadaan ini membuatkan maklumat kekal aktif dalam ingatan.

Apabila tugasan selesai, tekanan tersebut dilepaskan dan ingatan menjadi kurang penting.

Kredit: Astro Awani

Situasi ‘anne’ mamak mudah ingat pesanan merupakan antara contoh jelas Kesan Zeigarnik dalam kehidupan seharian yang dekat dengan kita.

Pesanan yang belum dibayar dianggap sebagai tugasan yang belum selesai.

Berikutan itu, otak akan mengekalkan maklumat tersebut sebagai keutamaan selagi bayaran belum dibuat.

Keadaan ini membantu ‘anne’ memastikan setiap pelanggan menerima pesanan yang betul. Tugasan kemudiannya dianggap lengkap setelah pelanggan membuat pembayaran.

Oleh itu, otak tidak lagi ada keperluan menyimpan maklumat berkenaan dalam ingatan aktif.

Penerapan teori ni juga dapat dilihat dalam dunia hiburan, paling jelas apabila sesebuah episod drama atau filem mempunyai penamat yang tergantung.

Teknik “cliffhanger” dalam penceritaan juga membuatkan minda penonton menganggap kisah tu belum lengkap.

Akhirnya, penonton menjadi tertunggu-tunggu episod seterusnya.

Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via Flow

Apa Gunanya Ambil Tahu Tentang Teori Ni?

Kalau korang rasa maklumat ni tak berguna, tunggu dulu.

Sebenarnya, teori Kesan Zeigarnik ni boleh diterapkan dalam kehidupan. Malah, tanpa sedar, mungkin ada antara korang yang dah pun gunakan teknik yang memanfaatkan Kesan Zeigarnik.

Bagi korang yang sering rasa terbeban dengan lambakan tugasan sehingga kadangkala terlupa untuk laksanakan tugas tersebut, korang boleh berikan tumpuan kepada beberapa tugasan utama sahaja.

Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via Flow

Kalau korang dah senaraikan semua tugasan, pilih satu hingga tiga tugasan paling penting untuk diselesaikan dahulu.

Pendekatan ni boleh memudahkan korang untuk ingat dan siapkan tugasan.

Selain tu, korang boleh juga tuliskan tugasan utama pada sekeping kertas kecil untuk bantu korang kekalkan tumpuan.

Setelah tugasan selesai, nota tadi boleh dibuang sebagai tanda kerja telah disiapkan.

Bagi mengurangkan beban tekanan kepada otak, korang boleh juga gunakan konsep “Second Brain”.

Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via Flow

Simpan maklumat di luar minda menggunakan buku nota, aplikasi digital atau kalendar yang ada peringatan.

Dengan menyimpan maklumat di tempat lain, otak tidak perlu mengingati semuanya.

Kaedah ini membantu mengurangkan tekanan mental akibat terlalu banyak tugasan belum selesai selain membolehkan minda memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.

Semoga bermanfaat.