Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Rusia Dilanda Salji Tebal Luar Biasa, Rumah & Kenderaan Banyak Tertimbus
Rusia sedang mengalami musim sejuk yang luar biasa apabila sebahagian besar kawasan Semenanjung Kamchatka serta beberapa wilayah lain dilanda salji ekstrem.
Kejadian itu dilaporkan antara paling buruk yang pernah berlaku dalam tempoh 60 tahun. Para saintis turut menyatakan gelombang salji melampau ini mungkin berpunca daripada perubahan iklim yang menjejaskan corak pergerakan udara di Artik.
Salji yang melanda kawasan tersebut juga dianggarkan mencecah ketebalan hampir 10 kaki dalam masa beberapa hari sahaja. Dalam masa yang sama, ia turut menimbus bangunan tinggi, kawasan perumahan dan jalan raya.

Orang ramai juga turut berkongsi keadaan salji yang mencecah tingkap di tingkat dua bangunan dan kediaman mereka.
Penduduk tempatan dilihat mula menyodok salji di jalanan manakala pasukan penyelamat pula membantu mereka yang terperangkap di dalam rumah.
Semua sekolah dan kedai ditutup manakala sistem pengangkutan awam juga terpaksa dihentikan terutamanya di ibu kota wilayah Petropavlock-Kamchatsky apabila pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan keadaan darurat.

"Cuaca ekstrem ini memberi tekanan yang besar kepada infrastruktur, menganggu keperluan asas dan turut menimbulkan cabaran kepada pasukan keselamatan," lapor pihak berkuasa tempatan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya dua kematian telah dilaporkan dari insiden terbabit.