Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Sangat Teratur...” Wanita Rusia Puji Sistem Hospital Kerajaan Di Malaysia, Tak Sangka Proses Rawatan Siap Dalam Sejam

Sangat teratur
Kredit: Tiktok @katrinviolinqueen

Hospital kerajaan sering menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan rawatan kesihatan pada kadar bayaran yang lebih rendah.

Selain kos, sistem pengurusan pesakit, tempoh menunggu dan kemudahan yang disediakan juga menjadi antara perkara yang sering mendapat perhatian.

Bagi sesetengah orang, pengalaman mendapatkan rawatan di hospital kerajaan mungkin sudah menjadi perkara biasa.

Namun, ada juga yang terkejut apabila melihat sendiri bagaimana sistem kesihatan awam di sesebuah negara beroperasi, terutama apabila urusan pendaftaran, pemeriksaan dan pengambilan ubat dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Malah, pengalaman sedemikian boleh mengubah persepsi seseorang terhadap perkhidmatan kesihatan yang disediakan, sekali gus membuka mata tentang perkara yang mungkin selama ini tidak diketahui atau disedari.

Hospital kerajaan sangat teratur

Baru-baru ini, seorang wanita warga Rusia berkongsi pengalamannya di Tiktok @katrinviolinqueen mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Malaysia yang menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa terkejut dengan sistem pengurusan hospital kerajaan di Malaysia yang disifatkannya sangat teratur, selain proses mendapatkan rawatan yang berjalan dengan pantas.

Terkejut dengan kos rawatan RM1

Menurut wanita berkenaan, dia sudah lima tahun mendapatkan rawatan di klinik swasta tanpa mengetahui bahawa dia boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan Malaysia dengan bayaran yang begitu rendah.

Dia turut membandingkan pengalaman tersebut dengan lawatan terdahulu ke hospital yang menyaksikannya dikenakan bayaran sebanyak RM150 untuk satu lawatan.

Bagaimanapun, kali ini dia hanya membayar RM1 ketika mendapatkan rawatan bersama suaminya yang merupakan rakyat Malaysia.

Kredit: Tiktok @katrinviolinqueen

“Saya tidak tahu bagaimana sistem ini berfungsi. Mungkin mereka melakukan kesilapan,” katanya ketika berkongsi rasa hairan dengan jumlah bayaran yang dikenakan.

Kredit: Tiktok @katrinviolinqueen

Sistem teratur walaupun ramai pesakit

Wanita itu menjelaskan bahawa dia sebelum ini tidak terus memilih hospital kerajaan kerana mempunyai pengalaman buruk ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Rusia.

Pengalaman tersebut membuatkannya berasa bimbang untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam di Malaysia.

Kredit: Tiktok @katrinviolinqueen

Namun, tanggapannya berubah selepas melihat sendiri cara hospital berkenaan mengendalikan pesakit.

Menurutnya, sistem pengurusan di hospital itu sangat teratur, bermula daripada pengambilan nombor giliran sehingga proses mendapatkan rawatan.

Kredit: Tiktok @katrinviolinqueen

Walaupun terdapat ramai pesakit, dia mendapati giliran bergerak agak pantas dan tidak perlu menunggu terlalu lama.

Malah, wanita itu mendakwa keseluruhan proses, termasuk pemeriksaan dan mendapatkan ubat, dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira sejam.

Potret keluarga diraja turut menarik perhatian

Selain kos rawatan dan sistem pengurusan, wanita itu turut tertarik dengan potret keluarga diraja yang dipamerkan di sekitar hospital berkenaan.

Katanya, suasana tersebut memberikan gambaran yang sangat rasmi sehingga membuatkannya berasa seperti berada di sebuah bangunan pentadbiran atau dewan presiden.

Pengalaman itu menjadi sesuatu yang mengejutkan buatnya, memandangkan dia sebelum ini mempunyai tanggapan berbeza terhadap hospital kerajaan berdasarkan pengalamannya di negara asal.

Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan perbualan mengenai pengalaman mendapatkan rawatan di hospital kerajaan Malaysia, khususnya dari sudut kos, sistem pengurusan dan kemudahan yang disediakan.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut menjelaskan mengenai kadar bayaran rawatan hospital kerajaan bagi warga asing.

“Bagi warga asing, sebenarnya bayaran pendaftaran ialah RM15. Mungkin anda hanya dikenakan RM1 kerana suami anda rakyat Malaysia,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut menjelaskan bahawa isteri kepada rakyat Malaysia mungkin menikmati kemudahan tertentu seperti yang diberikan kepada warganegara, namun dia mengakui tidak pasti sama ada perkara sama terpakai jika situasinya melibatkan suami warga asing.

Dia kemudian membalas komen berkenaan dengan berkongsi pengalamannya.

“Ya, tetapi menariknya, apabila suami saya menemani saya ke hospital, saya hanya membayar RM1. Namun, apabila saya datang seorang diri, saya dikenakan RM15,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna memuji usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan kesihatan dengan bayaran yang rendah kepada orang ramai.

“Kami berbangga dengan usaha kerajaan yang memberikan subsidi besar untuk perkhidmatan kesihatan. Kami hanya membayar RM1, manakala kerajaan menanggung hampir keseluruhan kos demi manfaat masyarakat,” tulisnya.

Intipati
  • Wanita Rusia memuji sistem hospital kerajaan Malaysia yang disifatkannya teratur dan pantas.
  • Dia berkata rawatan bersama suaminya hanya dikenakan RM1, berbanding RM15 ketika datang sendirian.
  • Netizen menjelaskan kadar bayaran warga asing mungkin berbeza, termasuk bergantung kepada status pasangan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan