Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Satu Kejadian Tanah Runtuh Berlaku Di Gombak

Iqbal Yasir
Tanah Runtuh Di Gombak
Gambar: JBPM Selangor

Satu Kejadian Tanah Runtuh Berlaku Di Gombak

KUALA LUMPUR — Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Orang Asli, Batu 12 Gombak, awal pagi ini, lapor Astro AWANI.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 5.05 pagi.

Susulan itu, seramai enam anggota bomba dengan kekuatan satu jentera jenis FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dihantar ke lokasi kejadian, yang berada sekitar sembilan kilometer.

Sewaktu tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati terdapat sebuah rumah mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan.

“Kejadian tanah runtuh itu telah menghempap dinding sebuah rumah kediaman berkeluasan 40 x 40 kaki persegi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini,” jelasnya dalan satu kenyataan hari ini.

Kata Wan Md Razali, operasi pemantauan dan tinjauan keselamatan dilakukan oleh pihaknya di lokasi berkenaan.

“Anggota bertugas turut menjalankan pemantauan di kawasan sekitar serta memberikan nasihat keselamatan kepada penduduk berhampiran bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini susulan runtuhan tersebut.

“Ketua Balai serta pihak Pejabat Tanah turut dimaklumkan mengenai kejadian ini bagi tindakan lanjut,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan berwaspada terhadap sebarang perubahan struktur tanah terutamanya di kawasan cerun dan berbukit, khususnya ketika musim hujan.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di sekitar Puchong dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Difahamkan, antara kawasan terlibat termasuklah Kampung Bersatu Puchong, Kampung Seberang, Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Seri Aman, Kampung Tengah.

Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik pengguna media sosial menyaksikan air mula memenuhi kawasan kediaman penduduk termasuk di beberapa jalan raya.

Keadaan ini mengakibatkan berlaku kesesakan trafik di beberapa lokasi jalan raya.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Kebakaran Putra Heights: Tidak Mahu Susahkan Sesiapa, Mangsa Baiki Sendiri Rumah Terjejas

BACA: Rombongan Hantar Jemaah Umrah Bertukar Tragedi, 7 Maut Akibat Kemalangan

BACA: China Seru Dialog Bersifat Adil, Bukan Ugutan Untuk Selesaikan Pertikaian Perdagangan Dengan AS