Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sesuai Hidang Kepada Tetamu, Ini Resipi "Premium Fruit Cocktail" Lemak & Berkrim
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang menjadi lebih kreatif dalam menyediakan minuman dan pencuci mulut di rumah.
Jika dahulu kebanyakannya hanya minuman biasa, kini pelbagai resipi baharu mula dihasilkan dengan gabungan buah buahan, susu dan bahan berkrim bagi memberikan rasa yang lebih menarik.
Jika anda sedang mencari idea hidangan yang sesuai untuk dikongsi ramai, resipi Premium Fruit Cocktail yang lemak dan berkrim ini mungkin boleh menjadi pilihan.
Untuk makluman pembaca, resipi ini dikongsi oleh pengguna TikTok @naninordin91 di TikTok.
Menurut @naninordin91, antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan hidangan ini ialah buah mangga yang dipotong dadu, buah naga, anggur, laici serta buah cocktail dalam tin.
Selain itu, sediakan juga nata de coco dan biji selasih yang telah direndam terlebih dahulu.
Bagi bahan berasaskan susu pula, anda memerlukan satu liter susu penuh krim, satu tin susu cair, serta satu setengah tin susu pekat manis.

Untuk memberikan tekstur yang lebih berkrim, tambahkan juga 400 mililiter krim putar yang cair dan satu bekas aiskrim vanilla.
Akhir sekali, masukkan satu sudu teh garam bagi membantu menaikkan rasa keseluruhan hidangan ini.
Mula-mula, @naninordin91 memasukkan buah anggur, buah mangga dan buah naga yang telah dipotong dadu ke dalam sebuah bekas besar.
Selepas itu, masukkan laici tetapi asingkan airnya kerana jika dimasukkan sekali, ia boleh menjejaskan rasa hidangan.
Kemudian, tambahkan nata de coco dan pastikan airnya juga tidak dimasukkan.
Seterusnya, masukkan biji selasih yang telah direndam sehingga kembang.
Langkah seterusnya, tuangkan satu liter susu penuh krim, satu tin susu cair dan satu setengah tin susu pekat manis ke dalam campuran buah tersebut.

Tambahkan juga 400 mililiter krim putar yang cair, satu sudu teh garam serta satu bekas aiskrim vanila.
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan anda akan dapati teksturnya agak pekat pada peringkat ini.
Akhir sekali, masukkan sedikit ais. Namun begitu, elakkan memasukkan ais terlalu.
Setelah ais dimasukkan, barulah tekstur hidangan ini akan menjadi sedikit lebih cair dan sedia untuk dinikmati.