Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sesuai Untuk Diet, Khairul Aming Kongsi Resipi Ayam Penyet Versi Sihat
Siapa sahaja yang tak kenal dengan seorang pempengaruh dan usahawan kegemaran rakyat Malaysia, Khairul Aming.
Terkenal dengan tagline “Hey whats up guys” Khairul Aming seringkali membuatkan perut rakyat tempatan tak pernah kenyang disebabkan resipinya yang cukup mengiurkan, lebih-lebih lagi dalam segmen 30 Hari, 30 Resipi pada bulan Ramadan.
Meskipun semakin semakin mencipta nama hingga di peringkat antarabangsa, namun Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA sentiasa merendah diri dengan peminat-peminatnya.
Baru-baru ini, KA dalam satu hantaran di akaun TikToknya @khairulaming berkongsi resipi terbaru Ayam Penyet versi yang lebih sihat.
Ujarnya dalam klip itu, kepada warga maya yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat boleh mencuba resipi yang cukup menyelerakan ini, apatah lagi bahan-bahan yang diperlukan juga ‘mesra dapur’.
Mari kita cuba resipi kegemaran ramai ini di bawah.
Resipi Ayam Penyet, Tapi Lagi Sihat

Bahan-bahan sambal (kisar)
2 lada besar
4 cili padi hijau
4 cili padi merah
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
Belacan
Garam
Sedikit air
Bahan-bahan ayam
2 ketul ayam (whole leg)
1 sudu minyak masak
Serbuk kunyit
Serbuk ketumbar
Lada hitam
Garam
Bahan-bahan lain
Kubis
Ulam-ulaman
Kicap manis
Cara-cara
Langkah pertama untuk penyediaan bahan sambal, potong dan masukkan lada besar, cili padi hijau, cili padi merah, tomato dan bawang putih ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.
Sementara tunggu bahan sambal siap di dalam air fryer, perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, lada hitam, garam secukup rasa dan tambah juga satu sudu minyak masak kemudian gaulkan sehingga sebati.
Setelah bahan sambal siap (dalam air fryer), masukkan ke dalam pengisar dan tambah belacan, garam dan air kemudian di kisar.
Ayam yang telah diperap, masak dengan menggunakan air fryer pada suhu 200 darjah Celsius selama 25 minit (atau sampai garing).
Dah siap semua, boleh hidangkan dengan ulam-ulam tapi pastikan yang mana nak diet tu ambil nasi separuh atau suku sahaja.
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok @khairulaming