Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Siap Sound Effect, Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan

Hannah
suami kira bajet bulanan
Gambar: TikTok @_inchieeerah
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Siap Sound Effect, Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan

Kalau cakap pasal bajet bulanan, mesti ramai yang terus geleng kepala. Tak kiralah bujang atau sudah berumah tangga, setiap kali masuk hujung atau awal bulan, hal duit takkan pernah lari daripada rutin hidup kita.

Bila dah ada keluarga, tanggungjawab kewangan makin besar. Nak bayar sewa rumah, kereta, barang dapur, bil utiliti dan macam-macam lagi. Tak hairanlah, ramai pasangan kadangkala rasa stres bila masuk bab duit.

Tapi lain pula kisah pasangan ini. Apa yang biasanya dianggap mungkin ‘beban’, berjaya mereka tukar jadi sesuatu yang tak merungsingkan. Sampai tular di media sosial kerana caranya begitu comel dan mencuit hati.

“Comelnya keluarga ni…” – Netizen

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @_inchieeerah, kelihatan si isteri merakam gelagat suaminya yang sedang sibuk mengira bajet bulanan keluarga mereka.

Dengan hanya berbekalkan pen dan buku nota, si suami nampak serius menulis perbelanjaan, macam tengah bentang belanjawan negara pula. Bezanya, versi mereka lebih santai, siap dengan sound effect yang buat penonton tak kering gusi.

Yang paling mencuri perhatian, bila si suami menyebutkan elaun Watson khas untuk isterinya dalam senarai bajet.

Lagi kelakar, dalam video itu juga kelihatan si suami sudah mula pening kepala tengok catatan sendiri.

Situasi itu buatkan penonton lagi terhibur kerana begitu relatable dengan realiti kebanyakan pasangan berumah tangga.

Aksi itu bukan sahaja buat pasangan ini ketawa, tapi juga menceriakan ribuan penonton. Ramai netizen wanita akui rasa ‘cemburu’ dengan kebahagiaan si isteri.

“Comel je dapat elaun Watson.”

“Bini abang yang dapat, kitorang yang happy.”

“Makin kira makin pening nampaknya.”

Small moments macam nilah yang betul-betul matter. Semoga bahagia selalu kak, so happy for you.”

BACA: “Career Ladder” Tapi Versi Malaysia, Ramai Gagal Teka Abang Ni Kerja Apa

BACA: Pemuda Indonesia Kongsi Cara “Survive” Dengan RM5 Sehari Di Malaysia

BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol

Sumber: TikTok @_inchieeerah