Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Stanley Tarik Balik 2.6 Juta Cawan Keluli Tahan Karat, Ini Sebabnya

Stanley tarik balik cawan
Kredit: AFP

Stanley Tarik Balik 2.6 Juta Cawan Keluli Tahan Karat, Ini Sebabnya

Syarikat pengeluar peralatan minuman terkenal, Stanley telah menarik balik 2.6 juta cawan keluli tahan karat keluarannya, lapor Forbes.

Penarikan itu dibuat selepas terdapat puluhan laporan kes kecederaan dan melecur yang berpunca daripada masalah penutup produknya.

Difahamkan, produk yang terlibat dengan pernarikan berkenaan adalah semua model Stanley Switchback dan Trigger Action yang bersaiz 12 oz, 16 oz dan 20 oz.

Stanley tarik balik 2.6 juta cawan keluli tahan karat

Stanley dilapor menerima laporan bahawa bahagian penutup produk tersebut mengecut apabila terdedah kepada haba panas.

Penutup itu kemudian berisiko terjatuh ke dalam bekas dan boleh menyebabkan pengguna tercedera jika cawan itu mengandungi air panas.

Menurut Forbes, Stanley menerima 91 laporan berhubung isu berkenaan di seluruh dunia dengan 38 orang mengalami kecederaan melecur. 16 daripada laporan itu dan dua kes kecederaan adalah dari Amerika Syarikat.

Manakala 11 daripada kecederaan yang dilaporkan memerlukan rawatan perubatan.

Antara nombor pengenalan produk yang terlibat

Produk Stanley yang dijual termasuk di Amazon, Walmart, Dick’s, Sporting Goods dan Target memiliki nombor pengenalan produk yang dicetak di bahagian bawah.

Sementara produk-produk yang ditarik balik memiliki nombor pengenalan 20-01437, 20 -01436, 20-02211, 20-02033, 20-02779, 20-02825, 20-02030, 20-02745, 20-02957, 20-02034 atau 20-02746.

Menurut Forbes, pelanggan yang terjejas dengan penarikan tersebut boleh menghubungi Stanley untuk mendapatkan penutup cawan ganti secara percuma.

BACA: Pelancong China Ditemukan Lemas Bersama Beg Galas Berisi Batu Bata Di Semporna

BACA: Cemas, Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Bawah Jambatan Kedua P. Pinang

Sumber: Forbes, Stanley