Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Status Cuaca Panas: 10 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

10 KAWASAN CUACA PANAS
Kredit: Bernama

Status Cuaca Panas: 10 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini status cuaca panas yang melibatkan 10 kawasan di Semenanjung Malaysia.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan, kebanyakan kawasan di Negeri Perlis berada pada Tahap Berjaga-Jaga.

Sementara itu di Negeri Kedah, MetMalaysia menyenaraikan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang di Kedah mengalami cuaca panas pada tahap yang sama.

Begitu juga daerah Padang Terap, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Kredit: MetMalaysia

Menurut MetMalaysia, suhu maksimum harian bagi cuaca panas pada Tahap I iaitu Tahap Berjaga-Jaga berada antara 35-37 darjah Celsius dengan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar mengurangkan aktiviti di luar serta memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin ketika berada di luar.

Elakkan aktiviti pembakaran terbuka.

Orang ramai juga boleh rujuk laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ bagi mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas.