Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Perlu Guna Racun, Ini Tip Mudah Halau Cicak Guna 3 Bahan
Kehadiran cicak di dalam rumah sememangnya perkara biasa, terutamanya di negara beriklim panas dan lembap.
Namun begitu, apabila jumlahnya semakin banyak dan sering berkeliaran di dinding atau siling rumah, ia boleh menjadi agak mengganggu bagi sesetengah orang.
Ada juga individu yang berasa geli atau takut apabila ternampak cicak, lebih-lebih lagi jika haiwan kecil ini muncul berhampiran tempat makan, dapur atau ruang tamu.
Walaupun cicak tidak berbahaya, ia tetap membuatkan ramai berasa kurang selesa.
Selain itu, najis cicak juga sering menjadi masalah di rumah. Tompokan najis yang ditinggalkan bukan sahaja kotor, malah kadang kala sukar dibersihkan kerana boleh meninggalkan kesan pada dinding, lantai mahupun perabot.
Keadaan ini tentunya membuatkan kerja membersih rumah menjadi lebih leceh dan memakan masa.
Disebabkan itu, ramai yang mencari cara untuk menghalau cicak daripada terus berkeliaran di dalam rumah tanpa perlu menggunakan racun atau bahan kimia yang kuat.
Hari ini, SK ingin kongsikan satu cara mudah halau cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan dapur yang biasa digunakan.
Untuk makluman pembaca, tip ini diambil daripada pengguna akaun @abangngu di TikTok.
Menurut @abangngu dalam videonya, anda cuma memerlukan tiga bahan yang mudah didapati di rumah untuk menghalau cicak.
Difahamkan, anda memerlukan satu cawan air, setengah cawan cuka dan setengah cawan sabun cuci pinggan.
Cuka yang digunakan ialah cuku putih biasa yang sering digunakan dalam masakkan, atau dikenali sebagai cuka makan.
Apabila semua bahan telah tersedia, anda cuma perlu memasukkannya ke dalam sebuah botol penyembur.

Kemudian, goncang botol tersebut sehingga semua bahan sebati dan bercampur sepenuhnya.
Setelah itu, larutan ini boleh terus disembur pada kawasan yang sering menjadi tempat cicak muncul.
Sebagai contoh, di dinding, celah tingkap, belakang perabot atau sudut dapur.
@abangngu turut menjelaskan bahawa anda perlu menyembur bahagian atau kawasan tersebut setiap tiga hingga empat hari.
Bau daripada campuran tersebut dipercayai dapat membantu menghalau cicak daripada terus berkeliaran di dalam rumah.