Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RTM KLIK Sajikan Aksi Persahabatan Menarik Buat Peminat Bola Sepak

RTM KLIK sajikan aksi persahabatan menarik
Kredit: Bernama

Bagi peminat bola sepak, tiada apa yang lebih menarik daripada mengetahui ada perlawanan yang boleh ditonton secara langsung tanpa perlu mengeluarkan duit tambahan.

Lebih-lebih lagi apabila beberapa aksi menarik bakal berlangsung dalam tempoh terdekat, termasuk perlawanan pramusim membabitkan kelab-kelab terkenal dunia.

Menerusi perkongsian RTM di Facebook, peminat tidak perlu risau terlepas aksi pilihan kerana beberapa perlawanan akan disiarkan secara langsung dan percuma menerusi platform berkenaan.

Jadi, kalau sebelum ini ada yang terfikir untuk uninstall aplikasi RTM KLIK, mungkin boleh tangguhkan dahulu.

RTM KLIK sajikan aksi persahabatan menarik

Antara perlawanan menarik yang menanti peminat ialah pertemuan Manchester United menentang AC Milan pada Sabtu, 15 Ogos, jam 10.30 malam menerusi saluran Sukan+.

Selepas itu, aksi Schalke menentang Real Madrid pula dijadualkan berlangsung pada Ahad, 16 Ogos, jam 10.45 malam, juga menerusi saluran Sukan+.

Tidak cukup dengan itu, peminat turut boleh menyaksikan aksi Liverpool menentang Como pada Isnin, 17 Ogos, jam 12.45 tengah malam menerusi saluran OKEY.

Kredit: Facebook RTM

Kesemua aksi berkenaan pastinya menjadi pilihan buat peminat yang mahu mengisi hujung minggu dengan sajian bola sepak antarabangsa tanpa perlu mencari siaran di platform lain.

Jadi, sebelum fikir nak tekan butang uninstall, mungkin boleh tengok dulu apa yang RTM KLIK bakal sajikan.

Percuma, boleh tonton secara langsung dan yang penting, tak perlu pening nak cari siaran.

Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menjadi penyiar rasmi Kejohanan Piala Dunia 2026 yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026, sekali gus membolehkan peminat bola sepak tempatan mengikuti aksi kejohanan berprestij itu menerusi platform RTM KLIK.

RTM kemudiannya meneruskan komitmen dalam arena sukan apabila menjadi penyiar rasmi temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos.

Intipati
  • RTM KLIK akan menyiarkan beberapa perlawanan persahabatan bola sepak antarabangsa secara langsung dan percuma.
  • Aksi Manchester United, AC Milan, Schalke, Real Madrid, Liverpool dan Como termasuk dalam jadual siaran.
  • RTM turut menjadi penyiar rasmi Piala Dunia 2026 dan Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan