Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Tak Pernah Serius…” Tanya Warna Baju Seragam Tadika KEMAS, Dekah Baca Jawapan Netizen

Azizah Najib
Baju seragam tadika kemas
Kredit: Thread @iffahnurdini
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Tak Pernah Serius…” Tanya Warna Baju Seragam Tadika KEMAS, Dekah Baca Jawapan Netizen

Tatkala musim persekolahan bakal menjelang, pasar raya sudah mula dipenuhi dengan barangan keperluan sekolah. Alat tulis dan pakaian seragam menjadi tumpuan utama ibu bapa.

Bagi yang sudah biasa menguruskan hal persekolahan anak, pembelian awal sering dipilih bagi mengelakkan kesesakan.

Tidak kurang juga dengan ibu bapa yang pertama kali bakal menghantar anak ke sekolah.

Pelbagai perkara perlu diberi perhatian termasuk pemilihan pakaian seragam yang betul mengikut peraturan.

Situasi sama turut dialami seorang pengguna Thread, @iffahnurdini. Keliru dengan perbezaan warna pakaian seragam tadika KEMAS, wanita itu mengambil keputusan untuk bertanya di alam maya.

“Siapa anak sekolah KEMAS, apa beza dua baju ni eh?” tanya wanita berkenaan.

Tidak disangka, warga net berpusu-pusu memberikan jawapan masing-masing. Namun, jawapan yang diberikan tidak langsung menepati kehendak soalan.

Warna Baju seragam tadika kemas
Kredit: Thread @iffahnurdini

BACA: Tiba-Tiba Bau Wangi Dalam Hutan, Rupanya Datang Dari Sini

BACA: Kini Dibuka, Ini Cara Mohon Geran Agropreneur NextGen

Kredit: Thread @iffahnurdini
Warna Baju seragam tadika kemas
Kredit: Thread @iffahnurdini
Kredit: Thread @iffahnurdini

Jenaka dan gurau senda warga net membuat ramai tak kering gusi. Malah, ada yang sudah dapat menjangkakan soalan tersebut bakal menjadi bahan usikan warga net.

“Jawapan tak membantu lah, dekah aku,” ujar seorang warga net.

“Dekah, berair mata aku baca komen,” kata seorang lagi.

”Jawapan semua tak membantu, kesian akak tu tanya sebab dia tak tau. Biru tua untuk tadika KEMAS, kak. Biru muda untuk tadika selekeh. Harap membantu,” seloroh yang lain pula.

“Yang komen pun main banyaklah,” kata seorang lagi warga net.

Antara komen yang dilontarkan, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka mengikuti sesi KEMAS yang menggunakan baju seragam berwarna merah jambu. Namun, tidak dapat dipastikan tahun seragam tersebut diguna pakai.

BACA: “Servis tip top…” Wanita Kongsi Pengalaman Di Spa & Salun Penjara Kajang

BACA: Bukan Peringatan Biasa, Jurutera Perisian Jelaskan Maksud “Encrypted” Di WhatsApp

Sumber: Thread @iffahnurdini