Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Susah Rupanya, Ini Cara Buat Cop Digital Sendiri Di Rumah

Nurhanis
cara buat cop digital
Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook

Tak Susah Rupanya, Ini Cara Buat Cop Digital Sendiri Di Rumah

Sekiranya anda merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah atau institusi, pasti tahu akan kepentingan cop nama kerana ia adalah satu peralatan yang sering digunakan dalam dokumen.

Kadang-kadang bukan tenaga pengajar sahaja, mereka yang melakukan perniagaan juga boleh memerlukan cop atau stamp tersebut untuk menandatangani beberapa dokumen penting.

Agak leceh sebenarnya jika tiada digital stamp, lebih-lebih lagi jika perlu tandatangan dokumen yang banyak kerana ia akan memakan masa dan membuatkan proses jadi lambat.

Kalau nak pergi ke kedai pula kena tunggu beberapa hari untuk dapatkan yang fizikal dan soft copy punya dan dekat situ pun sudah membazir masa.

Kalau nak tahu sebenarnya anda boleh buat sendiri digital stamp itu di rumah dengan hanya menggunakan microsoft word yang ada dalam laptop anda.

Menerusi perkongsian Intanhajilah Ariff, dia berkongsi cara untuk membuat cop tersebut, yang pasti langkahnya sangat mudah dan korang pun boleh terus guna selepas siap.

Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

BACA: Cara Buat Teh Tarik Dan Teh Ais Yang Betul

Cara buat cop digital guna microsoft words

Langkah pertama: Taip ‘design’ anda dalam Ms Word. Boleh pilih font, warna dan lain-lain. Ikut pilihan masing-masing. Kalau pakai untuk formal. Kena la buat yang standard. Lepas tu, simpan (save). Kemudian, save as juga dalam format PDF. Contoh : COP NAMA.pdf.

Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook

Langkah kedua: Buka Adobe Acrobat Reader. Buka juga PDF file atau borang yang nak dicop atau sebarang fail pun boleh. Cari menu ‘Comment’.

Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook

Langkah ketiga: Di toolbar. Ada icon bentuk stamp tu dan tekan. Kemudian pilih custom stamps selepas itu create.

Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook

Langkah keempat: Browse fail yang anda save tadi. Macam contoh di atas, COP NAMA. pdf kemudian open dan tekan ok.

Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook

Langkah kelima: Drop down Category. Pilih kategori mana korang nak letak cop tu nanti. Name: COP NAMA (nama apa-apa pun boleh.) Pilihan kategori ada 3 tiga. Ikut la mana yang berkenan di hati, Saya pilih ‘sign here’ kemudian klik ‘ok’.

Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook
Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook

Langkah keenam: Dah siap! Ini step macam mana nak guna cop digital anda tu. Click icon stamp tu. Then select sign here kemudian pilih COP NAMA hanya perlu drag cursor (ada image cop) ke mana saja anda suka. Besar kecil besar kecil pun boleh!

Kredit: Intanhajilah Ariff/Facebook

Semoga bermanfaat.

Sumber: Intanhajilah Ariff/Facebook