Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tangisan Anak-Anak Sambut Kepulangan Ibu Tanpa Abah Undang Sebak Ramai
Setiap tahun, Malaysia menghantar jemaah Haji mengikut kuota yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mengerjakan Rukun Islam kelima itu.
Tentunya pemergian setiap jemaah haji ke rumah Allah dihantar oleh ahli keluarga dengan penuh harapan dan kegembiraan.
Namun, dalam masa yang sama kepulangan mereka juga dinanti-nanti oleh setiap ahli keluarga selepas lebih sebulan berada di bumi Mekah.
Kini, musim haji telahpun berakhir, ketibaan keluarga tersayang pastinya dinanti-nanti tetapi berbeza pula keadaan yang dilalui oleh keluarga ini.
Baru-baru ini, tular video di media sosial menerusi pemilik akaun TikTok @yourmemories.ch yang menyentuh hati ramai.
Dalam klip tersebut, memaparkan momen sepasang suami isteri dijemput ke tanah suci bagi menunaikan haji bersama namun, hanya si isteri seorang sahaja pulang ke tanah air tanpa suami tercinta di sisi.
Difahamkan, suaminya Mohamed Jafri Yahya, yang juga ayah kepada pemilik video menghembuskan nafas terakhir sewaktu menjalani ibadah Haji di sana.
Sebagai seorang anak, sudah tentunya berat untuk menerima kenyataan bahawa bapanya telah pergi buat selama-lamanya, apatah lagi momen lambaian Allahyarham ketika bergerak pergi mengerjakan Haji merupakan momen terakhir bersama abah.
“Pergi berdua..tapi pulang tanpa abah. In Sha Allah.. ada rezeki kami ziarah rumah baru abah ya..
“Semoga syurga buatmu abah. Sayang abah..” tulisnya pada kapsyen video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
“Beruntung abah dik tinggal kat sana. Solat jenazah dua kali kalau musim haji. Ramai, pasti ada doa yang mustajab antara mereka,” komen seorang pengguna.
“Saya dari KT41 juga, arwah ayah awak baik sangat orangnya. Selalu senyum,” tulis seorang lagi.
“Innalillahiwainnailaihi rojiun. Kematian yg dicemburui. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” komen seorang lagi.
“Salam takziah. Terasa kehilangan arwah. Sama KT dengan saya dan suami. Hari-hari arwah tegur suami saya, tak pernah lokek dengan senyuman. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” luah seorang lagi.
Sumber: TikTok @yourmemories.ch