Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pelajar STPM Pakai Baju Arwah Ibu, Impian Bawa Bapa Naik Pentas Tercapai

Sofea
pelajar stpm
Kredit: TikTok Uniy

Pelajar STPM Pakai Baju Arwah Ibu, Impian Bawa Bapa Naik Pentas Tercapai

Setiap anak pastinya mempunyai impian untuk membanggakan ibu bapa melalui pencapaian pendidikan, kerjaya atau apa-apa sahaja yang membuatkan mereka tersenyum girang. Walaupun terpaksa menghadapi jerih perih terlebih dahulu, ia akan berbaloi pada akhirnya.

Seperti ketika peperiksaan besar bagi pelajar sekolah, mereka menjadikan ibu bapa sebagai salah satu pendorong untuk melakukan yang terbaik dan mendapat keputusan cemerlang.

BACA JUGA: STPM 2024 Catat PNGK Nasional 2.85, Tertinggi Dalam Sejarah

Baru-baru ini, keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 telah diumumkan dan ramai pelajar yang berkongsi momen-momen mereka meraikan hari yang penuh makna itu.

Salah seorang darinya ialah Nor Salwani Mat Arifin yang mendapat keputusan 3.50. Salwani menerusi akaun Tiktok miliknya, @uniy,berkongsi satu video yang membuatkan orang ramai sebak.

Pakai baju arwah ibu ambil keputusan STPM atas pentas

Video tersebut memaparkannya sedang menunggu nama dipanggil untuk naik ke pentas bersama bapanya. Menurutnya, impian untuk membawa bapanya naik ke pentas untuk kali pertama akhirnya tercapai.

Lebih bermakna, dia juga turut memakai baju arwah ibunya yang telah meninggal dunia sejak 2021.

“Gagal SPM tak semestinya gagal STPM,” katanya di kapsyen video.

Mengulas lanjut ketika ditemu bual SK, Salwani berkata dia dari sekolah rendah sehingga menengah tidak pernah mendapat keputusan yang cemerlang. Detik-detik itu membuatkannya kecewa dengan diri sendiri kerana tidak pernah membanggakan bapa dan arwah ibunya.

Namun, dia kembali bangkit dan berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang bagi STPM.

“Jadi STPM saja peluang terakhir saya untuk banggakan mereka dengan pencapaian akademik saya. Sebelum masuk STPM saya dah letak sasaran untuk ubah semuanya dan bawa ayah naik pentas dengan pakai baju arwah ibu sekali,” katanya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Salwani menjelaskan bahawa dia menetapkan satu matlamat dan sasaran yang jelas. Selain itu, buat baik kepada ibu bapa dan ketakwaan kepada Allah SWT juga menjadi pegangan.

“Belajar kena konsisten, fokus dalam kelas, jaga mental dan emosi, banyak bertanya dan hormat guru. Kalau boleh pagi-pagi sebelum pergi sekolah salam cium ibu bapa tanda minta izin dan berkat.

“Paling penting jaga hubungan dengan Allah, solat jangan tinggal, kalau boleh bila dengar azan waktu belajar pergi solat dulu selepas itu sambung semula,” ujarnya.

Ingin buka pusat jagaan orang tua

Berkenaan perancangan masa hadapan, Salwani ingin menyambung pengajian dalam bidang kaunseling dan mempunyai cita-cita yang sangat besar.

“Banyak harapan saya untuk masa depan, contohnya nak jadi pakar psikologi, nak buka pusat jagaan orang tua dan dalam masa yang sama ingin ada bisnes yang besar.

“Itu semua impian saya sendiri, tapi macam ayah saya, dia ingin lihat saya jadi seorang cikgu,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Salwani turut menjelaskan sebab dia ingin membuka pusat jagaan orang tua. Ujarnya, dia suka bila berborak dengan orang tua terutama yang diabai oleh keluarga atau bila mereka meluah beban kehidupan dari muda sampai berusia.

“Tambahan saya pun tidak sempat nak merasa lama kasih sayang seorang ibu jadi wajar saya buka pusat jagaan orang tua,” katanya.

Sumber: uniy