Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tasik Bukit Merah Kering, APM Daerah Kerian Kongsi Rakaman Keadaan Semasa
Umum diketahui, Tasik Bukit Merah yang terletak di Bagan Serai, Perak, sering mengalami penyusutan paras air setiap kali tiba musim kemarau.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk setempat mahupun mereka yang biasa melalui kawasan berkenaan.
Namun begitu, keadaan semasa yang dikongsikan baru-baru ini oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kerian benar-benar mengejutkan ramai.
Bukan sekadar surut, permukaan tasik itu kini kelihatan amat tandus dan kering kontang, sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Mana tidaknya, rakaman dikongsikan memaparkan keadaan tasik yang bukan sahaja kekurangan air, tetapi seolah-olah sudah ‘lenyap’ sepenuhnya.
Kelihatan batang-batang kayu serta tunggul pokok yang hitam seakan-akan terbakar atau hangus dijilat panas terik matahari.
Keadaan ini turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya menyatakan rasa simpati terhadap nasib penduduk dan ekosistem di kawasan sekitar tasik yang terkenal itu.
BACA: Pesawat Terhempas Di Sekolah: Guru Wanita Terkorban Selamatkan Murid
BACA: Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar
BACA: Jururawat Siap Pegang Tangga, Pesakit Baik Hati Tolong Baiki Kipas Di Hospital
Sumber: @fizatkawa/TikTok