Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Tengku Muhammad Tengku Natasya diijabkabulkan
Gambar: Sinar Harian

Tengku Muhammad, Tengku Natasya Selamat Diijabkabulkan

Hannah

Tengku Muhammad, Tengku Natasya Selamat Diijabkabulkan

KUANTAN, 24 Okt (Bernama) — Putera Sultan Pahang Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat diijabkabulkan pada 8.50 malam ini dalam istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini.

Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengenakan persalinan berona hijau bersama paduka-paduka anakanda.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka kakanda dan adinda Tengku Muhammad serta kerabat diraja Pahang.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pasangan sama cantik sama padan yang mengenakan busana berwarna putih itu, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

BACA: Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Berjalan 3 Hari

Sejurus selesai akad nikah, pengantin lelaki diiringi untuk menunaikan solat sunat sebelum majlis diteruskan dengan penyerahan mas kahwin iaitu senaskhah al-Quran kepada Tengku Natasya Puteri yang duduk di atas pelamin.

Istiadat kemudian diteruskan dengan Majlis Menyarung Cincin perkahwinan oleh kedua-dua pasangan mempelai sebelum istiadat merenjis yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disusuli Tengku Hassanal.

Ibu bapa pengantin perempuan Tengku Adnan dan isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki turut merenjis pasangan mempelai.

Ketika istiadat berlangsung, Tunku Azizah kelihatan sebak sebelum memeluk erat putera kesayangan sejurus selesai merenjis.

Istiadat perkahwinan diraja akan diteruskan dengan Istiadat Berinai esok dan Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad ini.

Kedua-dua istiadat dijadual pada 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Padang Bandaraya Kuantan (MBK) 1 dan sebuah di Dataran Muzium Diraja, Pekan.

Tinjauan Bernama di Padang MBK 1 hari ini mendapati orang ramai memenuhi kawasan berkenaan pada 8 malam untuk mengikuti secara rapat istiadat perkahwinan selain merakam video kenang-kenangan.

BACA: BRICS Tegaskan Sokongan Untuk Keahlian Penuh Palestin Dalam PBB

BACA: Malaysia Dan 12 Negara Lain Diiktiraf Secara Rasmi Sebagai Negara Rakan BRICS

Sumber: BERNAMA