Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terbuka Macau 2025: Wan Arif-Roy King Raih Gelaran Juara

Hannah
Wan Arif-Roy King Juara
Gambar: BAM via BERNAMA

Terbuka Macau 2025: Wan Arif-Roy King Raih Gelaran Juara

Pasangan beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi dan Yap Roy King berjaya menamatkan penantian panjang mereka serta Malaysia apabila merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka Macau dalam satu perlawanan sengit yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam aksi final menentang pasangan Indonesia yang juga finalis edisi tahun lalu, Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani, Wan Arif-Roy King mempamerkan semangat juang luar biasa.

Mereka bangkit cemerlang pada set pertama dengan empat mata berturut-turut hasil pertahanan mantap, sekali gus meraih kemenangan 22-20.

Meskipun bermula perlahan pada set kedua dan turut berdepan masalah di gelanggang hingga ketinggalan 1-5, pasangan ketiga terbaik dalam kem kebangsaan itu berjaya memulihkan rentak dan memacu kemenangan 21-18. Perlawanan tamat selepas berlangsung selama 1 jam 20 minit.

Kejayaan ini bukan sahaja mengulangi pencapaian Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang pernah menjuarai kejohanan sama pada tahun 2013, malah ia juga menjadi kejuaraan siri pertama buat Wan Arif-Roy King.

BACA: Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia, Diiktiraf FIFA

BACA: Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

BACA: Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

Sumber: Stadium Astro