Terkini

Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Gambar 'Battle' Dengan Ular Sawa
Kredit: Pokde Ja'a

Terhibur, Lelaki Minta Sunting Gambar 'Battle' Dengan Ular Sawa

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Terhibur, Lelaki Minta Sunting Gambar 'Battle' Dengan Ular Sawa

Memiliki telefon pintar hari ini sudah menjadi satu 'keperluan' kepada orang ramai.

Peranti tersebut bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, malah menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti ketika waktu lapang.

Seiring dengan peredaran zaman, telefon pintar kini memiliki kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.

Jika dahulu pengguna mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk kerja-kerja di atas. Kini anda boleh mengambil gambar dan membuat suntingan berbekalkan telefon pintar di mana-mana sahaja.

Dengan perkembangan teknologi yang pesat, peluang untuk mempelajari teknik penyuntingan semakin mudah diakses, membolehkan sesiapa sahaja menonjolkan bakat kreatif mereka tanpa perlu memiliki latar belakang profesional.

Tambah pula dengan pelbagai filter dan tools yang disediakan dalam aplikasi telefon, gambar yang diambil dan disunting boleh menjadi sangat menarik ataupun menghiburkan orang ramai.

"Editkan saya bergelut dengan ular sawa.."

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Pokde Ja'a telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?

Dalam hantaran itu, lelaki ini memohon pertolongan orang ramai untuk menyunting gambarnya bergelut dengan ular sawa.

"Nak tunjuk kat bini yang suami dia ni hebat....kuat..sebab baru ni saya kena gigit lintah saya demam seminggu...dia kata saya lemah..," kongsinya.

Dalam bab ini, warga maya sememangnya tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.

Ambil kau, macam-macam pula hasil "edit" yang keluarnya

Apa yang melucukan, penyunting gambar begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.

Di samping itu, setiap hasilnya bukan sahaja mengundang gelak tawa, bahkan membuatkan orang ramai kagum dengan imaginasi mereka yang luar biasa.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran.

Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda di bawah;

Gambar 'Battle' Dengan Ular Sawa
Gambar 'Battle' Dengan Ular Sawa
Gambar 'Battle' Dengan Ular Sawa