Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Sofea
Tiga Negeri
Kredit: Bernama

Tiga Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu akan berlaku di negeri Johor iaitu di daerah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi negeri Sarawak pula, ia membabitkan kawasan Serian, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah, hujan lebat diramal berlaku di daerah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kredit: Malaysian Meteorological Department

Ekoran amaran cuaca ini, orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati.

Jika baru pulang dari tempat kerja, pandulah kenderaan dengan berhati-hati.

Sumber:Facebook