Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tip: Ini Apa Yang Anda ‘Wajib’ Tahu Sebelum Beli Car Escape Tool

Hannah
car escape tool
Gambar: AAA Connect

Tip: Ini Apa Yang Anda ‘Wajib’ Tahu Sebelum Beli Car Escape Tool

Dalam situasi kecemasan seperti kemalangan atau kereta tenggelam dalam air, setiap saat sangat berharga.

Ketika pintu tersekat dan tali pinggang keselamatan sukar dibuka, alat kecemasan kereta seperti car escape tool boleh menjadi penyelamat nyawa.

Meskipun ramai menganggap alat ini sebagai sesuatu yang jarang digunakan, hakikatnya lebih baik anda ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Alat ini membolehkan anda memecahkan cermin sisi kereta dan memotong tali pinggang keselamatan jika diperlukan.

Justeru, berikut kami kongsikan panduan penting yang anda ‘wajib’ tahu sebelum membeli alat kecemasan kereta.

Dua Jenis Alat: Hammer Style vs Spring Loaded

1. Hammer Style

  • Alat ini digunakan seperti tukul. Anda perlu menghayun alat ini dengan tenaga sendiri untuk memecahkan cermin kereta.

  • Kelemahan: Sukar digunakan dalam air kerana rintangan air mengurangkan kekuatan hayunan.

  • Penting: Hanya berkesan untuk cermin jenis tempered. Ia langsung tidak berkesan untuk cermin laminated, menurut ujian AAA.

2. Spring Loaded Style

  • Menggunakan mekanisme spring dengan paku tajam yang menekan cermin tanpa perlu tenaga berlebihan.

  • Kelebihan: Berkesan dalam pelbagai situasi, termasuk ketika kereta tenggelam.

  • Lebih mudah digunakan oleh orang tua atau mereka yang kurang bertenaga.

  • Namun, seperti hammer style, ia juga tidak berkesan terhadap cermin laminated.

Ketahui Jenis Cermin Kereta Anda

Sebelum beli, kenal pasti jenis cermin kereta anda. Kebanyakan cermin sisi (tingkap pintu) adalah jenis tempered, tetapi cermin depan biasanya laminated, yang tidak boleh dipecahkan dengan mana-mana alat kecemasan ini.

Jadi, alat kecemasan hanya boleh digunakan pada cermin sisi, bukan cermin depan.

Jangan Tertipu Dengan Fungsi Tambahan

Ada alat yang datang dengan pelbagai fungsi tambahan seperti lampu suluh, pengecas USB dan alat pemotong.

Walaupun nampak menarik, fungsi tambahan ini tidak menambah kecekapan alat untuk memecahkan cermin.

Malah, ia boleh mengganggu tujuan utama alat ini, selain terlalu banyak fungsi boleh buat anda tertinggal alat ini di tempat lain.

Letak Di Tempat Mudah Capai

Simpan alat kecemasan di ruang yang mudah dicapai seperti tepi pintu pemandu, pemegang gear atau bawah tempat duduk.

Elakkan menyimpannya di bonet atau ruang simpanan yang tertutup kerana anda mungkin tidak sempat mencarinya dalam situasi kecemasan.

Uji Alat Anda

Sebelum disimpan dalam kereta, uji dahulu alat tersebut:

  • Gunakan pada permukaan kayu lembut (contohnya papan lapis).

  • Jika hujung alat meninggalkan lekuk kecil, itu tanda alat itu berfungsi dengan baik untuk cermin tempered.

Alat kecemasan kereta bukan sekadar aksesori, ia adalah pelaburan untuk keselamatan nyawa anda dan keluarga.

Pilih alat yang ringkas, mudah digunakan dan boleh dicapai dengan cepat ketika kecemasan.

Ingat, lebih baik ada, walaupun tak guna daripada perlukan, tapi tiada.

BACA: Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air

BACA: Sebab ‘Wajib’ Pecah Cermin Pintu Sisi Bila Kereta Tenggelam

BACA: Hampir Mustahil Nak Buka Pintu Bila Kereta Baru Nak Tenggelam, Lelaki Ini Jelaskan Kenapa

Sumber: AAA Connect