Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Siapa sahaja yang tidak kenal watak di sebalik Iron Man, Tony Stark dengan kepintaran yang dimilikinya dalam mencipta pelbagai teknologi canggih.
Umumnya semua sudah sedia maklum, watak Tony Stark yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. merupakan ‘tuan badan’ kepada sut robot Iron Man.
Menerusi Marvel End Game misalnya, kita dipertontonkan dengan adegan-adegan menarik terutamanya sut Iron Man yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi di luar kotak pemikiran kita.
Kehebatan Iron Man memang diakui ramai. Namun jangan disangka hanya US saja yang mampu melahirkan inovasi canggih persis Iron Man, kerana sebuah negara jauh di Asia Tenggara pun mampu berbuat demikian…iaitu Indonesia!
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki di Indonesia yang mengubah suai motosikalnya daripada sebuah kapcai biasa menjadi Iron Man versi dua roda yang sangat luar biasa.
Lebih mengejutkan, bukan motosikalnya sahaja yang diubah suai, malah helmetnya sekali. Macam mana kita lihat Iron Man membuka visor helmetnya, macam itulah yang lelaki genius ini buat.
Video yang dimuat naik dan tular di media sosial itu menarik perhatian ramai. Mari kita ikuti videonya seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Masrufi di bawah.
Berdasarkan video itu, ia memaparkan motosikal berkenaan mampu membuka papan nombor pendaftaran motor secara automatik, selain lampunya yang telah divariasikan dengan pelbagai warna sewaktu enjin dihidupkan.
Apa yang lebih menarik adalah pada bahagaian headset motor itu yang bergerak ke atas seolah-olah Tony Stark membuka visor helmet dari sut Iron Man yang dipakainya.
Apabila suis motor itu dimatikan, ia akan kembali kepada keadaan asal secara automatik dengan sendirinya.
Sementara itu, helmet lelaki tersebut juga turut dimodifkasi, antaranya visor (cermin helmet) boleh terbuka dengan sendiri pada bahagian luar tepi melalui suis.
Tambahan pula, helmet berkenaan juga boleh dibuka menggunakan suis pada throttle motosikal tersebut.
Video itu telah mencuit hati ramai pengguna Twitter sehingga mendapat lebih 1 juta tontonan dan lebih 65,200 tanda ‘Suka’ di platform media sosial tersebut.
Sumber: Twitter Masrufi