Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Kenakan Tarif Global 10 Peratus Selepas Mahkamah Agung Batal Tarif Terdahulu

Trump Kenakan Tarif Global
Kredit: AFP

Trump Kenakan Tarif Global 10 Peratus Selepas Mahkamah Agung Batal Tarif Terdahulu

WASHINGTON -- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengenakan pelaksanaan tarif 10 peratus ke atas barangan import dari semua negara selepas Mahkamah Agung membatalkan sebahagian besar pelaksanaan tarif terdahulu beliau, lapor AFP.

Perintah baharu itu ditandatangani di Pejabat Oval dan menurut kenyataan Rumah Putih, ia akan berkuat kuasa bermula 24 Februari selama 150 hari.

Difahamkan, pengecualian diberikan kepada sektor yang sedang menjalani siasatan berasingan termasuk farmaseutikal, serta barangan di bawah Perjanjian AS-Mexico-Kanada.

Rakan dagang AS yang telah mencapai perjanjian tarif dengan pentadbiran Trump juga akan dikenakan duti 10 peratus, walaupun sebelum ini mungkin telah bersetuju dengan kadar yang lebih tinggi, kata Rumah Putih.

Bagaimanapun, pegawai Rumah Putih memberitahu AFP bahawa pentadbiran Trump akan mencari jalan untuk melaksanakan kadar tarif yang lebih sesuai atau yang telah dirunding terlebih dahulu pada masa hadapan.

Sebelum ini, mahkamah tertinggi negara itu mengumumkan keputusan 6-3, yang memutuskan bahawa Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 tidak memberikan kuasa jelas kepada presiden untuk mengenakan tarif secara meluas.

Trump turut mengkritik keputusan undian berkenaan dan mendakwa tanpa bukti bahawa mahkamah dipengaruhi kepentingan asing.

"Saya malu dengan ahli-ahli mahkamah tertentu, benar-benar malu, kerana tidak mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul demi negara kita,” kata Trump kepada wartawan.

Sumber:AFP