Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
buaya tasik shah alam
Kredit: Majlis Bandaraya Shah Alam/Sinar Harian

Tular Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA

Azizah Najib

Tular Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA

Berikutan tular satu perkongsian di Facebook berkenaan kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan notis bahawa pihaknya telah mengambil maklum dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam kenyataan di Facebook, pihaknya juga meminta orang ramai untuk berhati-hati.

“Majlis Bandaraya Shah Alam, melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil maklum akan perkara ini dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

BACA: Hairan, Kenapa Lipas Mati Dalam Keadaan Terbalik? Ini Jawapannya

“Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Menerusi hantaran terkini di laman Facebook, pihak MBSA bersama Jabatan Perhilitan Negeri Selangor telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemantauan dari masa ke masa.

“Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor berkenaan kemunculan seekor buaya di Tasik Seksyen 7, Shah Alam seperti yang telah tular di media sosial.

“Perbincangan mengenai isu ini telah dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Azhar bin Mohd Sharif, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam; YBrs. Encik Norhisham bin Mohammad, Pengarah Kesihatan Persekitaran; YBrs. Encik Mohd Amir bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor; Pasukan PANTAS MBSA serta Pegawai-Pegawai dari kedua-dua agensi di lokasi yang dinyatakan.

BACA: Kamera Teleskopik Diguna Dalam Operasi SAR Malam Ini

“Sebagai langkah keselamatan, MBSA telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa. Selain itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor juga akan meletakkan banner peringatan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular penemuan seekor buaya di tasik tersebut sehingga menggusarkan orang ramai terutama pengunjung di situ.

Imbas kembali, kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang pernah menggemparkan negara. Namun, tiada laporan lanjut berkenaan penangkapan haiwan tersebut, lapor Sinar Harian.

Menurut Bernama, kejadian penemuan haiwan pemangsa itu juga pernah berlaku pada tahun 2019 di Tasik Shah Alam Seksyen 14. Seekor anak buaya tembaga sepanjang satu meter telah berjaya ditangkap apabila haiwan itu memasuki perangkap Perhilitan. Anak buaya tersebut telah dihantar ke pusat Paya Indah Wetland (PIW).

Menurut laporan, haiwan itu dipercayai telah dilepaskan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

BACA: Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun, Jejaki Jambatan Kereta Api Lama Belimbing Dalam

Sumber: Majlis Bandaraya Shah Alam via Facebook

BACA JUGA: Elaun Untuk Anak & Cuti 3 Hari Seminggu, Ini 4 Negara “Best” Ramai Pekerja Suka