Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Saluran TV6 milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menamatkan penyiaran berkuat kuasa pada 1 Julai.
Penamatan itu dimaklumkan oleh saluran tersebut di laman Facebook menerusi pemberitahuan ringkas.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai punca penamatan itu tidak dinyatakan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan kekesalan kerana kebanyakan dari mereka suka menonton rancangan di saluran itu.
"Kenapa tutup, siaran retro lagi berkualiti dan menggamit memori," kata seorang pengguna Facebook.
"Sepatutnya saluran ni dilancarkan segera. Bukan dijadikan saluran percubaan lagi. Perkasakan dengan semua rancangan lama dari arkib. Opah. Pj Holding. HMI. Spektra. Drama swasta. Drama Minggu Ini. Cumi & Ciki. Mekar Sejambak. Muqaddam. Tapi sebaliknya pula yang terjadi. Saya sedih & kesal dengan perkhabaran ini. Saya percaya ramai peminat rancangan retro RTM macam saya pun sama berdukacita," kata seorang lagi.
Bagi yang belum tahu, TV6 merupakan saluran percubaan Retro oleh RTM dan boleh ditonton di RTMKlik serta MYTV.