Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UPNM: 9 Individu Dirakam Keterangan, Suspek Dijangka Hadir Ke IPD Cheras Petang Ini

Hannah
UPNM
Kredit: BERNAMA

UPNM: 9 Individu Dirakam Keterangan, Suspek Dijangka Hadir Ke IPD Cheras Petang Ini

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Polis sudah mengambil keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mereka yang diambil keterangan melibatkan saksi kejadian dan kakitangan universiti berkenaan.

“Suspek kejadian juga dikenal pasti dan dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada petang ini untuk diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam, 21 Okt dengan mangsa ketika itu berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama di universiti berkenaan dan polis hanya menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam, 8 Nov.

BACA: Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi perkongsian di platform X semalam memaklumkan pihaknya berpendirian kejadian tersebut adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM serta institusi pendidikan tinggi.

Mohamed Khaled berkata kementerian berkenaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung kejadian.

Sebelum ini, tular di laman sosial X apabila seorang wanita mempersoalkan kewajaran tindakan mahasiswa UPNM yang didakwa membuli selain mendakwa adik saudaranya dipijak hingga patah tulang rusuk.

BACA: ATM Siasat Dakwaan Pegawai UPNM Ditekap Seterika Oleh Senior

BACA: Pegawai Kadet UPNM Didakwa Cederakan Junior Guna Seterika Wap Panas

Sumber: BERNAMA