Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Ditonton 5.3 Juta Kali, Gelagat Lelaki Selamba Terjun Dalam Salji Pakai Kain Pelikat Bikin Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Menjelang akhir tahun, negara-negara empat musim tidak lama lagi akan mula memasuki musim sejuk dan dapat menikmati salji. Bagi kita yang tidak pernah dapat merasai musim sejuk, mesti ramai yang akan teruja apabila pertama kali merasai turunnya salji.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki dengan girangnya terjun ke dalam salji dengan hanya memakai baju tshirt dan kain pelikat. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Amal Firdaus itu, timbunan salji yang agak tinggi memenuhi kawasan kediamannya di Jepun.

Difahamkan, video itu telah dirakam pada bulan Januari tahun ini dan dimuatnaik oleh Amal sebagai throwback.

Merupakan pelajar di sana, Amal mengatakan bahawa dia tinggal di kawasan Toyama di wilayah Chubu.

Bagi yang belum tahu, salji di negara Jepun kebiasaannya akan bemula sekitar bulan Disember hingga bulan Februari.

Tak sabarnya nak main salji lagi macam ni

Video yang sehingga kini mendapat sebanyak 5.3 juta tontonan itu dihujani dengan komen-komen netizen yang turut teringin untuk bermain salji.

Sumber: Amal Firdaus