Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Ini 4 Cara Jaga Bateri ‘Smartphone’ Supaya Tidak Cepat Rosak

Gambar: Popular Science & TikTok Boss Adrian

Siapa sahaja yang tidak mengalami situasi di mana telefon pintarnya mempunyai masalah bateri? Kalau bukan sebab bateri telefon rosak, mesti ada sebab lain contohnya bateri itu kembung.

Masalah bateri cepat rosak merupakan salah satu masalah terbesar bagi pengguna telefon pintar. Lebih-lebih lagi masa tengah Waze jalan atau sedang gunakan hotspot, mesti laju je bateri telefon itu habis.

Bila dah jadi macam tu, mestilah ada antara anda yang ingin mengetahui cara mudah untuk memastikan bateri telefon anda tidak cepat rosak dan tahan lama, kan?

Kini, anda tak perlu risau kerana akaun TikTok @bossadrian_derisogadget ada berkongsikan beberapa langkah mudah untuk anda ikuti bagi memastikan bateri telefon dapat dijaga dengan baik.

BACA JUGA: (Video) Biarkan 3 Jam Tanpa Cas, Ini Cara Naikkan ‘Battery Health’ iPhone

Menurut perkongsian Boss Adrian, antara langkah yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:-

1. Jangan overnight charging.

2. Jangan cas jika bateri berada bawah dari 20 peratus atau lebih dari 80 peratus.

3. Elak letakkan telefon anda di tempat yang panas.

4. Kurangkan brightness telefon pintar anda atau turn on ‘low power’ mode dalam telefon pintar anda.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda boleh tonton video perkongsian di bawah.

BACA JUGA: (Video) Bateri Cepat Habis & Fon Tak Boleh ‘On’? Ketahui 6 Sebab Ini & Cara ‘Setelkan’

BACA JUGA: (Video) Tolong JANGAN Sesekali Letak Powerbank Korang Kat 3 Tempat Ni Kalau Nak Pakai Lama

Sumber: Boss Adrian