Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Jepun Teruja Kembali Ke Malaysia, Sempat ‘Panik’ Lihat Perubahan Ini

Wanita Jepun Kembali Ke Malaysia
Kredit: Yukina

Wanita Jepun Teruja Kembali Ke Malaysia, Sempat ‘Panik’ Lihat Perubahan Ini

Setiap tahun, negara kita dikunjungi oleh jutaan pelancong dari seluruh dunia. Kepelbagaian budaya dan kaum, kelazatan makanan dan keindahan alam menjadi antara daya penarik yang 'memukau' mereka ke sini.

Malah, ada yang sanggup datang ke Malaysia berkali-kali kerana terlalu rindu dengan suasana di sini.

Saya suka Malaysia

Seperti seorang wanita dari Jepun ini yang teruja dapat kembali lagi ke Malaysia.

Menerusi video di TikTok, @yukina_of berkata dia baru pulang dari India dan meneruskan perjalanan ke 'rumah kedua' iaitu di Malaysia.

“Saya suka Malaysia. Saya sangat teruja,” katanya.

Menurutnya lagi, dia sebelum ini datang setiap tahun ke negara ini tetapi tidak pada tahun lalu.

“Dah lebih setahun (tak datang), awak semua tak tahu betapa saya rindukan tempat ini,” ujarnya lagi.

Dia juga berseloroh dengan mengatakan bahawa dia 'panik' apabila mendarat kerana Malaysia dilihat lebih bersih.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengalu-alukan kedatangan wanita tersebut ke Malaysia.

“Selamat datang dan selamat menjamu makanan di negara ini,” kata seorang netizen.

“Sampai pagi, cari nasi lemak dulu,” kata seorang lagi.

Ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar destinasi pelancongan, malah dianggap sebagai ‘rumah kedua’ oleh sebahagian pelawat luar yang pernah menjejakkan kaki ke negara ini. Suasana yang selesa, persekitaran bersih serta keramahan masyarakat tempatan menjadikan Malaysia tempat yang sentiasa dirindui oleh mereka.

Sumber:@yukina_of