Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Rusia Kongsi Sikap Lelaki Malaysia Yang Paling Disukai, Ramai Setuju
Malaysia sering menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.
Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta keunikan makanan tempatan menjadikan negara ini tarikan utama di rantau Asia Tenggara.
Tidak kira sama ada pelancong datang untuk menikmati pantai yang memukau, mendaki gunung atau meneroka keunikan bandar moden, Malaysia menawarkan pengalaman yang sukar dilupakan.
Budaya yang berwarna-warni, makanan yang pelbagai, serta layanan mesra rakyat tempatan menjadikan Malaysia bukan sahaja menarik untuk dilawati, tetapi juga mencipta pengalaman yang akan terus terpahat dalam ingatan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @smirnova_july di TikTok, wanita tersebut mendedahkan tindak-tanduk bapa-bapa yang sering mendukung atau memegang anak mereka telah menarik perhatiannya.
Ia sekali gus membuatkannya kagum dengan keakraban dan kelembutan yang ditunjukkan oleh segelintir bapa di Malaysia.

"Apa yang paling awak suka tentang Malaysia? Makanan, alam semula jadi, atau cuaca yang sentiasa panas?
"Tidak, tetapi ini," ujar wanita itu.
Video tersebut turut memaparkan seorang bapa yang kelihatan menggunakan ‘baby carrier’ untuk membawa anaknya. Dalam masa yang sama, beliau menyusukan bayi itu dengan penuh kasih sayang.
Selain itu, kelihatan beberapa lelaki sedang mendukung anak mereka ketika berjalan-jalan di pasar malam, malah ada yang sempat bergurau mesra dengan anak masing-masing sepanjang perjalanan.
Mereka seolah-olah memberi ruang kepada isteri masing-masing untuk 'mencuci mata' atau membeli-belah ketika berada di lokasi pelancongan terkenal di Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi terhadap video ini.
Dalam masa yang sama, ada yang berpendapat bahawa perkara ini adalah sesuatu yang normal di Malaysia, namun tidak kurang juga yang jarang menyaksikan hubungan akrab seperti ini antara pasangan dan keluarga di khalayak ramai.
"Galeri penuh gambar anak dengan ayah dia je. Mana ada gambar dengan mak. Tengah berjalan anak meragam pun ayah pujuk. Balik kampung ayah melayan main," komen seorang warga maya.
"Tahniah bapa bapa di Malaysia, kami bangga dengan anda," komen seorang lagi warga maya.