Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Sanggup Rentas Sempadan, Pandu 4 Jam Demi Sos Plum Untuk Resipi KA
Di zaman era digital hari ini, segalanya berada di hujung jari termasuklah soal masakan.
Jika dahulu resipi diwarisi daripada ibu dan nenek di dapur, kini pelbagai resipi mudah ditemui dan dikongsikan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
Bila sesuatu resipi mula tular, orang ramai pun berpusu-pusu mencari bahan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.
Ada yang sanggup singgah ke beberapa kedai semata-mata mahu mendapatkan ramuan yang sama seperti dalam video.
Namun berbeza pula situasi seorang rakyat Malaysia yang menetap di Denmark sanggup merentas sempadan antarabangsa semata-mata mahu mendapatkan sos plum bagi menyediakan resipi Khairul Aming.
Menerusi hantaran @ocean_7seas di Threads, wanita itu menjelaskan sos plum yang digunakan Khairul Aming itu amat sukar diperoleh di Denmark.
Lantas, dia nekad memulakan perjalanan merentas sempadan semata-mata demi menyediakan resipi Khairul Aming yang tular di media sosial itu.
Menurut @ocean_7seas, perjalanan dari Denmark ke Jerman mengambil masa sekitar empat jam, malah barangan di Jerman boleh didapati pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan di Denmark.
"Sampai pergi germany cari untuk buat ayam sos plum KA. Better late than never," ujar wanita itu di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran berasingan, @ocean_7seas menyatakan rasa tidak percaya seolah-olah dia benar-benar merentasi sempadan ke Jerman semata-mata untuk ‘menyeludup’ sos plum ke Denmark.
“Ketika ‘pelajar tempatan’ (gelaran untuk netizen Malaysia yang menyertai kelas Khairul Aming) memfailkan “perceraian ke atas resipi” kerana ia “terlalu susah”, ada antara kami yang melakukan jenayah antarabangsa demi menjaga ‘hubungan’ ini
“Beberapa hari lalu, saya benar-benar memandu merentas sempadan ke Jerman hanya untuk menyeludup sos plum kembali ke Denmark kerana kami di sini tak ada. Itu bukan putus cinta, namun itu larian visa demi rasa.
“Jadi sementara ada yang mengalah, kami masih di sini, masih lapar, masih komited
“KA, teruskan berusaha siapkan 3 resipi sehari. Kami akan terus melintasi sempadan demi kamu.”
