Berita›Luar Negara
Jokowi Ingatkan Menterinya Jangan Tergesa-gesa Lancar Vaksin COVID-19, Ambil Berat Status Halal
Presiden Indonesia, Joko Widodo memberi peringatan kepada para menterinya pada Isnin lalu untuk tidak tergesa-gesa melancarkan vaksin COVID-19 baru di tengah-tengah kebimbangan masyarakat mengenai adakah vaksin tersebut disahkan halal atau dibenarkan di bawah undang-undang Islam, lapor Anadolu Agency. “Kita perlu mempertimbangkan persepsi masyarakat berkaitan status halal untuk setiap vaksin COVID-19, yang berpontensi” katanya. Kontroversi sama […]
Pembunuh Budak 9 Tahun Yang Cuba Pertahankan Ibu Dari Dirogol Dilaporkan Mati Di Dalam Sel Tahanan
Beberapa minggu lalu, seorang kanak-kanak 9 tahun di Indonesia dilaporkan meninggal dunia setelah bergelut mempertahankan ibunya dari dirogol. Kejadian tersebut telah tular dan orang ramai menyeru agar hukuman yang setimpal diberikan kepada pelaku. Pun begitu, pelaku tersebut dilaporkan telah meninggal dunia di sel tahanan Mapolres Langsa pada 18 Oktober lalu. Menurut Tribun Mataram, punca kematiannya […]
Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 7.1 Gegar Selatan Alaska Awal Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Selatan Alaska pada 4.54 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Difahamkan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 54.8 darjah Utara dan 159.7 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer serta sejauh 2,548 kilometer arah Barat Laut dari Vancouver, Kanada. Sementara itu, Pusat Amaran […]
(Video) Selamba ‘Lepak’ Atas Tilam, Tular Video Lembu Masuk Bilik Buat Ramai Terhibur
Baru-baru ini, seekor lembu mendapat perhatian warga maya apabila gelagatnya berehat di atas tilam dalam sebuah bilik menjadi tular. Dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu, kelihatan seekor lembu berwarna coklat sedang selesa berehat di atas sebuah tilam sebelum didatangi penghuni rumah berkenaan. Haiwan itu kemudiannya bingkas bangun sebaik sahaja dihalau keluar oleh seorang individu […]
Polis Thailand Siasat Empat Media Berhubung Liputan Tunjuk Perasaan Di Bangkok
BANGKOK, 19 Okt — Polis Thailand mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas empat media berhubung laporan mengenai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok minggu lepas. Timbalan jurucakap polis Kolonel Kissana Phathanacharoen berkata pasukan keselamatan itu telah meminta Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan (NBTC) serta Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand untuk mengeluarkan kandungan empat media dan laman […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Richter ‘Goncang’ Selatan Sumatera, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 3:47 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 skala Richter itu terletak 3.4° Selatan dan 100.3° Timur dengan kedalaman 10 km, 218km Barat dari Bengkulu, Indonesia. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada […]
(Video) Fenomena Menakjubkan ‘Tiga Matahari’ Terbit Di Langit China, Gemparkan Penduduk Tempatan
MOHE, CHINA: Fenomena aneh tapi menakjubkan menggemparkan penduduk tempatan apabila kemunculan ‘3 matahari’ dapat disaksikan oleh masyarakat di bandar Tuqiang, Mohe, China. Pemandangan yang menakjubkan itu berlaku sekitar jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi. Sebelum ini pihak berkuasa cuaca China telah melaporkan fenomena yang berlaku di wilayah ini namun pada kali ini, ia adalah tempoh […]
Arab Saudi Mula Benarkan Laksana Solat Di Masjidil Haram
Solat berjemaah di Masjidil Haram, Mekah dilaporkan telah dibenarkan setelah 7 bulan ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. Memetik laporan Anadolu Agency, Arab Saudi membenarkan rakyatnya melaksanakan solat di Masjid tersebut pada Ahad. Pada 4 Oktober lalu, Arab Saudi telah membenarkan rakyatnya dan penduduk bukan warganegara mengerjakan Umrah sepanjang tahun dengan kapasiti 30% atau 6,000 orang setiap […]
Remaja 18 Tahun Bikin Gempar, Nikahi Dua Gadis Dalam Tempoh 2 Minggu
Seorang remaja lelaki menjadi perhatian setelah menikahi dua gadis dalam tempoh dua minggu. Pernikahan mereka yang berasal dari Lombok Barat itu telah tular di negara tersebut. Memetik laporan Kompas.com, remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga seorang pelajar itu berkahwin dengan gadis yang juga masih bersekolah. Bapa kepada remaja terbabit mengatakan bahawa perkahwinan anaknya dilangsungkan […]

Bantah Perintah Darurat, Ribuan Penunjuk Perasaan Berkumpul Di Bangkok
BANGKOK, 17 Okt (Bernama) — Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di lima lokasi di Bangkok hari ini bagi membantah pengisytiharan perintah darurat. Meskipun kebanyakan perkhidmatan Transit Aliran Metropolitan (MRT) dan Skitren Sistem Transit Massa Bangkok (Skitren BTS) telah dihentikan seketika beberapa jam sebelum itu, beribu-ribu orang tetap hadir untuk menyertai tunjuk perasaan hari ini. Para penunjuk perasaan […]

Donald Trump ‘Ugut’ Tinggalkan Amerika Sekiranya Kalah Pilihanraya
Donald Trump mengatakan bahawa dia boleh meninggalkan Amerika Syarikat jika dikalahkan oleh pesaingnya, Joe Biden, pada pilihan raya presiden bulan depan. Beliau membuat kenyataan tersebut semasa perhimpunan di hadapan penyokongnya di Macon, Georgia. Biden ketika ini menjadi pilihan untuk menang oleh rakyat Amerika yang akan memilih Presiden mereka pada 3 November ini. Trump berkata kepada […]
Ngeri, Ratusan Kucing Kebuluran Dilapor Hingga Terpaksa Makan Bangkai Kucing Lain Di Brazil
Dunia kini masih lagi sedang ‘berperang’ dengan COVID-19 sehingga memberikan beberapa impak terutama kepada ekonomi sesebuah negara. Manakan tidak, terdapat beberapa syarikat besar yang telah menghentikan operasi serta ramai yang hilang pekerjaan. Bukan itu sahaja, krisis tersebut juga sebenarnya memberikan kesan kepada kucing yang berada di Pulau Furtada, Brazil. Semua penduduk setempat mengetahui bahawa pulau […]
“Pulanglah, Teruskan Hidup Nak,” Tuah Lambungan Syiling Selamatkan Nyawa Budak Daripada Kematian
PATNA: Lambungan syiling pada saat-saat terakhir telah menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Bihar. Seorang lelaki, 36, dan isterinya meninggalkan rumah mereka di daerah Muzaffarpur bersama anaknya, pada hari Selasa bertekad untuk mengakhiri hidup mereka setelah bertengkar. Si ayah yang mengusahakan sebuah kedai sirih di Mumbai mengalami kerugian yang teruk dan polis […]
Remaja Perempuan Tarik Perhatian Ramai, Aksi Bersahaja Bawa Harimau ‘Jalan-jalan’ Jadi Viral
Seorang remaja perempuan menjadi perhatian setelah membawa harimau peliharaannya keluar ‘berjalan-jalan’ dan mendakwa bahawa memiliki seekor lagi harimau kecil di rumahnya, lapor Daily Mail. Video yang dirakam oleh seorang lelaki itu telah tular dengan menyaksikan remaja perempuan tersebut membawa harimau Bengal ketika dia berjalan di bandar Guasave, Sinaloa. Lelaki tersebut dipercayai telah mengikuti remaja perempuan […]

Banjir, Tanah Runtuh Di Vietnam Ragut 55 Nyawa, 7 Hilang
HANOI, 16 Okt (Bernama) — Bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam sejak 10 hari lalu sudah meragut 55 nyawa manakala tujuh yang lain masih hilang, lapor agensi berita Xinhua. Menurut Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Jumaat kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah Quang Tri, Thua Thien Hue dan Quang Nam. Antara […]
Wang Dilaporkan Ditemui Dalam Seluar Dalam, Senator Brazil Dipaksa Letak Jawatan
Penggubal undang-undang Brazil, Senator Chico Rodrigues dipaksa meletak jawatan semalam selepas pihak polis menemui wang tunai tersembunyi di dalam seluar dalam ketika menggeledah rumahnya. Menurut Bernama, serbuan itu merupakan sebahagian daripada siasatan ke atas tuduhan penyalahgunaan 20 juta reais (sekitar RM 14.8 juta) dana awam bagi tujuan memerangi koronavirus. Sebanyak 30,000 reais (kira-kira RM22,215) telah […]

20 Jam Disimpan Dalam Peti Sejuk Mayat Kerana Disangka Sudah Mati, Rupanya Lelaki Ini Masih Hidup
Seorang lelaki berusia 74 tahun telah diselamatkan dari peti sejuk setelah keluarganya memasukkannya ke dalam tempat simpanan mayat itu selama 20 jam kerana mempercayai bahawa dia telah meninggal dunia. Balasubramanian Kumar, yang sakit dan terbaring di tempat tidur, dianggap mati oleh ahli keluarganya ketika dia berhenti bergerak di rumah di Kampung Kandhampatti di negeri Tamil […]

Hari Makanan Sedunia, Menelusuri Persediaan Ladang Makanan di Kalimantan
JAKARTA – Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) telah menghidupkan siren krisis makanan dunia. Berikutan dengan amaran tersebut, Indonesia sedang dalam perancangan untuk membangunkan ladang makanan di Kalimantan. Presiden Jokowi pernah menjelaskan bahawa ladang makanan adalah penyediaan rizab makanan nasional yang bersepadu untuk mengantisipasi keadaan krisis makanan akibat pandemi Covid-19 dan juga menjangkakan perubahan iklim. Bukan hanya […]

Petugas Dalam Pesawat Bawa Joe Biden Positif Covid-19
WASHINGTON, 16 Okt (Bernama) — Seorang petugas yang turut sama dalam penerbangan khas kempen calon presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah disahkan positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Petugas itu menaiki pesawat yang sama dengan Biden menuju ke Ohio pada Isnin dan Florida pada Selasa, tetapi mereka sering berada lebih 50 kaki antara satu sama lain dan memakai […]
Wanita Hamil Maut Dilaporkan Dibunuh, Suspek Dipercayai Keluarkan Janin Dari Rahim Mangsa
Seorang wanita warga Amerika Syarikat berusia 27 tahun telah ditangkap kerana didakwa membunuh seorang wanita hamil dan mengeluarkan janin dari rahimnya, lapor Fox News. Mayat mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui di sebuah rumah yang terletak di New Boston sekitar jam 10.20 pagi pada 9 Oktober lalu selepas pihak polis New Boston menerima panggilan […]