Berita›Politik
“Saya Cadang Bubarkan DUN Melaka Bagi Membolehkan Pilihan Raya Negeri Diadakan” – Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan. Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan di akaun Facebook rasminya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob pada hari Isnin, 2 Mac 2020 […]
‘Memang Saya Jadi Barua, Saya Cakap Terus Terang’ – Norhizam Hassan Baktee
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee ketika menghadiri sidang media rasmi UMNO Melaka untuk menyatakan sokongan pada Perikatan Nasional. Dalam video sidang media khas yang dilakukan sebentar tadi, Norhizam telah menyatakannya pada minit ke 9:28 ketika ditemu ramah bahawa tindakannya dalam menyokong Perikatan Nasional itu dibuat demi kepentingan orang Melayu. […]
(Video) Suspek Ditahan Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental- KPN
Kuala Lumpur, 2 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan salah seorang individu yang menghina Yang Dipertuan Agong (YDPA) baru-baru ini memiliki rekod sakit mental. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Bukit Aman, pagi ini. “Ada satu kes ni di mana suspek […]
JPM Nafi Perdana Menteri Bertemu Dengan Mana-Mana Pemimpin Politik Hari Ini
Putrajaya, 2 Mac – Pejabat Perdana Menteri menafikan adanya sebarang pertemuan dengan pemimpin parti politik hari ini. Dalam satu kenyataan rasmi, Perdana Menteri dilaporkan hanya bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua jabatan/agensi sahaja bagi menyelaraskan pentarbiran. “Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini,” tulis […]
(Video) “Saya Belum Puas Berkhidmat…”, Exco Perak Menangis Teresak-Esak Tinggalkan Pejabat
“SAYA belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak,” Demikianlah kenyataan hiba Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim apabila dikhabarkan berkemungkinan terpaksa berundur dari pejabatnya ekoran perubahan kabinet yang berlaku di Putrajaya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong itu kelihatan menangis teresak-esak penuh sebak apabila terpaksa menurunkan gambar potretnya sendiri […]
Esok Sambung Semula, Kes Saya Tak Akan Digugurkan Sama Sekali- Zahid Hamidi
Kuala Lumpur, 2 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyakinkan orang ramai bahawa kes perbicaraan melibatkan dirinya tidak akan digugurkan sama sekali. Dalam kenyataan rasmi parti berkenaan, beliau menyatakan kes tersebut ditangguh pada 2 Mac sahaja. “Esok 3 Mac 2020 (Selasa), kes akan disambung semula seperti biasa, “Kes ini tidak digugurkan […]

Perbicaraan Kes Rasuah Zahid Hamidi Ditangguh, Perlu Hadir Mesyuarat Bentuk Kabinet Dengan PM
Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur harı ini ditangguhkan. Menurut sumber Bernama, penangguhan itu disebabkan beliau akan menghadiri mesyuarat bagi membincangkan pembentukan kabinet bersama Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perkara berkenaan dilaporkan oleh BERNAMA TV melalui satu perkongsian yang dibuat di […]
Jumlah Korban Covid-19 Kini Lepasi Angka 3000, China Rekod Lebih 80000 Kes Positif
Angka kematian di seluruh dunia akibat wabak koronavirus melepasi angka 3,000, dengan kes dilaporkan berlaku di 64 negara. Di China, sebanyak 42 kematian dilaporkan dengan kes positif Covid-19 di negara berkenaan sebanyak 80,026 kes. Kes di Itali melonjak sebanyak 50% kes dan Perancis melaporkan 30 kes baru semalam, manakala jumlah kes di pusat wabak bermula, […]
Muafakat Nasional Jangan Campur Urusan Mahkamah, Gugur Kes Libatkan Anggota Parti- Annuar Musa
KUALA LUMPUR,– Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka. Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur-adukkannya […]

Surat Desak Speaker Adakan Sidang Dewan Rakyat Khas Dihantar Esok
Petaling Jaya: Satu surat bagi mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengadakan sidang Dewan Rakyat khas akan dihantar esok. Ketua Whip Pakatan Harapan (PH) Datuk Johari Abdul berkata surat itu akan dihantar oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Kita telah buat keputusan dalam Pakatan Harapan, keputusan kita adalah […]

Dr Mahathir Hadir Perjumpaan Bersama Kepimpinan Bersatu
Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri perjumpaan bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya. Dr Mahathir tiba di sini pada pukul 4.48 petang dengan memandu sendiri kereta Audi (WVB 55). Kehadiran beliau disambut dengan laungan “Hidup Tun” oleh lebih 20 penyokong. Terdahulu […]

PKR Tidak Pecat Ahli yang Sebelum Ini Sokong Bekas Pemimpin – Anwar
Petaling Jaya: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu menerima baik penjelasan daripada beberapa pemimpin dan ahli parti yang sebelum ini menyokong bekas timbalan presiden, Datuk Seri Azmin Ali dan sekutunya. Beliau berkata pemimpin terbabit menjelaskan bahawa mereka berasa tertipu dan dikhianati oleh bekas pemimpin parti itu yang mengistiharkan keluar parti bersama 10 […]
Jokowi Ucap Tahniah, Doakan Hubungan Malaysia-Indonesia Diberkati
JAKARTA, 1 Mac – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan turut mendoakan pelaksanaan tugas yang beramanah dan sukses, serta hubungan baik kedua-dua negara terus diberkati Tuhan. Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri […]
“Saya Buat Solat istikharah,” Maszlee Mengaku Berat Untuk Buat Keputusan Nak Sokong Siapa Jadi PM
Setelah beberapa hari lalu negara menghadapi kemelut politik sehingga hari ini melakar satu lagi sejarah pertukaran Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dari dua tahun sahaja. Hari ini, menerusi kiriman daripada laman Facebook Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik telah tampil menjelaskan keadaan sebenar kenapa beliau dikatakan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku […]
Jangan Sertai Perhimpunan Di Depan Sogo – Polis
KUALA LUMPUR, 1 Mac – Polis hari ini memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu negara petang ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata kawasan yang dirancang iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman bukan tempat yang diwartakan untuk perhimpunan. “Polis juga tidak menerima notis berhubung […]

Tian Chua Dibaling Botol, Disimbah Air Dan Digelar Pengkhianat, Dituduh Sokong Kem Azmin Ali
Naib Presiden PKR, Tian Chua ‘diserang’ oleh sekumpulanyang dipercyai penyokong parti berkenaan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dalam kejadian yang berlaku sebentar tadi. Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 26 saat yang tular di media sosial, dkumpulan yang dipercayai penyokong parti yang tidak berpuas hati dilihat menyerbu dan melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ kepadanya. Malah, […]

(Video) ”I Love You..” Tun Hasmah Menangis Peluk Mahathir
Kemesraan pasangan lagenda, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Menerusi video terbaharu yang dimuatnaik di akaun rasmi Instagram chedetofficial, Tun Siti Hasmah dilihat memeluk suaminya dengan erat. Apa yang mencuit hati, reaksi Tun Mahathir yang seakan malu dan meminta Tun Hasmah untuk berhenti sebelum dia membalas semula […]

Akan Segera Bawa Usul Undi Tidak Percaya – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Parlimen dalam waktu segera. ”Usul undi tidak percaya, kita dah ambil keputusan sesegera mungkin.” katanya ketika disoal media. Namun, kata Anwar tiada tarikh ditetapkan dan perkara itu terserah kepada Parlimen. Krisis politik negara menemui penamat apabila […]
Takdir Tan Sri Muhyiddin, Kejayaan Yang Tertangguh
KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada siapa yang menjangka perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini cukup manis. Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan itu pada 24 Feb lepas. Namanya hanya timbul apabila disebut oleh Dr Mahathir ketika […]

Tun M Dakwa Azmin Ada Agenda Sendiri Tapi Muhyiddin Adalah Pengkhianat Sebenar
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pengkhianat sebenar dalam pergolakan politik tanah air ketika ini adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkannya memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. ”Azmin Ali mempunyai agenda tersendiri, tetapi pengkhianat sebenar adalah Muhyiddin yang memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya. Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin Yassin dijadualkan […]