Berita

Polis Kesan Lelaki Lolos Dari Lokap
GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang tahanan lelaki yang meloloskan diri dari Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru, dekat sini tengah malam tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki itu, Azizi Mohammad Hassan, 33, ditahan atas kesalahan dadah di Jelutong di sini pada 20 April lepas […]

Perlu Bayar Untuk Suntikan Vaksin Kanak-Kanak Selepas PICKids Tamat
PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) — Bayaran akan dikenakan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditamatkan pada 15 Mei ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei ini dan tidak lagi […]

Harga Runcit RON97 Naik Kepada RM3.94 Seliter, RON95 Dan Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter kepada RM3.94 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 4 Mei. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. “Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan […]

Individu HSO Boleh Dilepaskan Pada Hari Keempat Jika Diuji Negatif
PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) — Individu positif COVID-19 yang sedang menjalani arahan pengasingan di rumah (HSO) boleh dilepaskan pada hari keempat sekiranya disahkan negatif menerusi ujian saringan semula, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ujian berkenaan perlu dilakukan menggunakan RTK-Ag kendiri di bawah penyeliaan pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sama ada […]

Pelajar USM Maut Terjatuh Ketika Mahu Ambil Pakaian
GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) — Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desasiswa Tekun dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan berusia 22 tahun itu dipercayai tergelincir ketika mahu […]

Cerai & Kahwin Semula Setiap 3 Tahun, Suami Isteri Bergilir Guna Nama Keluarga
Sepasang suami isteri di Hachioji, Jepun bercerai dan berkahwin semula setiap tiga tahun untuk bergilir-gilir menggunakan ‘nama keluarga’ mereka, lapor Oddity Central. Menurut laporan, mengikut undang-undang Jepun, setiap pasangan mesti bersetuju menggunakan satu nama keluarga selepas mereka berkahwin. Namun masalah berlaku apabila pasangan tersebut tidak dapat memutuskan bahawa nama keluarga yang mana satu mahu digunakan […]

Rumah Terbuka Atau Majlis Hari Raya Dibenarkan – Khairy
Beberapa kelonggaran penting telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini termasuk mengenai protokol sambutan Hari Raya 2022. Menurutnya, rumah terbuka atau majlis hari raya dalam bangunan dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka. Sehubungan dengan itu, penjarakan fizikal antara individu juga tidak diperlukan. Tidak cuma itu, beliau juga memaklumkan bahawa bersalaman […]

Aktiviti Takbir Raya Di Masjid, Surau Dan Rumah Ke Rumah Dibenarkan – Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa takbir raya di masjid, surau dan rumah ke rumah dibenarkan. Pun begitu, individu yang positif COVID-19 tidak dibenarkan. “Bagi aktiviti takbir raya, dibenarkan dibuat di masjid dan surau serta dibenarkan dibuat di rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka. “Individu positif COVID-19 dilarang untuk menyertai dan mereka […]

Rukyah & Hisab, Kaedah Penetapan Rasmi 1 Syawal Di Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan berkaitan kaedah penetapan rasmi 1 Syawal yang tular di media sosial baru-baru ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusof pada hari ini berkaitan hal tersebut. Menurut kenyataan tersebut, beliau maklumkan bahawa di Malaysia telah menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab untuk menentukan […]

Bank Dunia Beri Amaran Kenaikan Harga Makanan, Tenaga Akibat Konflik Rusia-Ukraine
WASHINGTON, 27 April (Bernama) — Konflik Rusia-Ukraine telah memberi “impak besar” terhadap pasaran komoditi, mengubah corak perdagangan, penghasilan dan penggunaan global, menurut laporan Bank Dunia pada Selasa, lapor Xinhua. Kenaikan kos tenaga dalam tempoh dua tahun lalu adalah yang tertinggi sejak 1973, menurut tinjauan Pasaran Komoditi Bank Dunia. Kenaikan harga komoditi makanan yang Rusia dan […]

Blackburn Rovers Anjur Solat Hari Raya Dalam Stadium Syawal Ini
Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Blackburn Rovers bakal menganjurkan program solat hari raya Aidilfitri di stadium utama mereka, Ewood Park pada Syawal ini. Difahamkan, ia akan menjadi kelab bola sepak Inggeris pertama di UK yang membenarkan penganut beragama Islam mendirikan solat hari raya di stadium utama mereka sendiri. Memetik kenyataan dari laman rasmi, […]

Wartawan Kongsi Foto Terakhir Nagaenthran Sebelum Hukuman
Nagaenthran K Dharmalingam telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Changi pagi ini dan mayatnya dihantar pulang ke Ipoh. Dalam satu ciapan daripada seorang wartawan Singapura, Kirsten Han berkongsi sekeping gambar terakhir mendiang yang diambil sebelum mendiang menjalani hukuman gantung. Rest In Peace, Nagaenthran K Dharmalingam. Before an execution, family members are allowed to […]

Ada Kawasan Berdepan Hujan, Ini Ramalan Cuaca Untuk Hari Raya Pertama Seluruh Negara
Menjelang hari raya ini, memang ramai yang mengharapkan cuaca panas elok, supaya aktiviti ziarah dapat dilakukan sepanjang hari tanpa sebarang kekangan. Selepas dua tahun diperam dalam rumah dan tidak dapat berkunjung ke rumah saudara mara untuk tempoh yang lama, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan di hari lebaran ini untuk mengeratkan kembali hubungan silaturahim. Tetapi, […]

Polis Negeri Sembilan Belum Terima Laporan Isu Babi ‘HIlang’
SEREMBAN, 27 April – Polis belum menerima sebarang laporan berhubung isu 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan. Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Datuk Ruslan Khalid berkata pihaknya akan meneruskan siasatan lanjut sekiranya menerima […]

Pemain Man United, Marcus Rashford Cari Budak Lelaki Nak Beri Jersi Baru
Pemain Manchester United, Marcus Rashford mencari budak lelaki yang menerima jersi miliknya untuk diberikan jersi baharu yang lain. Menurut Manchester Evening News, pada asalnya Rashford memberikan jersi yang dipakainya kepada seorang budak lelaki di tepi padang selepas perlawanan menentang Arsenal awal pagi tadi. Namun difahamkan, jersi tersebut dicuri oleh seseorang. Justeru, pemain itu mahu mencari […]

Dua Beradik Maut, Motosikal Terbabas Dilanggar Lori – Polis
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Dua beradik perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, Petaling Jaya, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian pada 8.54 malam itu, kedua-dua mangsa yang berumur 15 dan 11 tahun […]

Penghantar Makanan Didenda RM4,000 Cabul Wanita Indonesia
GEORGE TOWN, 27 April – Seorang penghantar makanan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita warga Indonesia, Rabu lepas. Lelaki berusia 28 tahun itu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa. Menurut kertas pertuduhan, […]

Suami Isteri Berlari Keluar Rumah Selamatkan Jiran Terperangkap Dalam Kebakaran
IPOH, 27 April (Bernama) — Kepantasan sepasang suami isteri berlari keluar rumah sebaik mendengar jeritan meminta pertolongan berjaya menyelamatkan jiran mereka dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Hala Taman Meru 10, Taman Meru Fasa 2B di sini, malam tadi. Ahmad Rizal Razali, 38, dan isteri, Nik Rozita Mohd Yusuf, 37, ketika itu sedang bersiap-siap untuk tidur sebelum dikejutkan […]

Polis Sahkan Video Tular Laungan Azan Pembesar Suara Bukan Di Malaysia
Video berhubung laungan azan yang didakwa menggunakan pembesar suara seperti yang tular di media sosial baru-baru ini bukan di Malaysia. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed seperti yang dilaporkan Bernama hari ini. “Polis sahkan tular di media sosial berhubung laungan azan guna pembesar suara bukan di Malaysia […]

Penduduk Jawa & Sumatera Diminta Peka, Kemungkinan Berlaku Tsunami Waktu Malam Dalam Masa Terdekat
Jabatan Meterologi, Klimatologi dan Geofizik, Indonesia (BMKG), telah mengeluarkan amaran kemungkinan akan berlaku tsunami dalam masa terdekat. Memetik Kompas, dalam satu kenyataan Ketua Pengarah BMKG, Dwikorita Karnaawati berkata amaran gunung berapi itu dinaikkan ke tahap tiga (daripada maksimum empat) berikutan peningkatan aktiviti Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera. […]