Berita
(Video) Detik Abang Bomba Redah Arus Selamatkan Budak Terperangkap Di Tengah Sungai Akibat Kepala Air ‘Menyerang’ Tiba-Tiba
Seorang kanak-kanak berusia berusia 12 tahun yang terperangkap di tengah sungai berjaya diselamatkan oleh anggota bomba. OPS menyelamat mangsa mangsa dijalankan oleh Crew Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dan diketuai oleh Tn Sabarodzi bin Hj Nor Ahmad (Pen Pengarah Bhg Latihan JBPM Ng Perak. Dalam gambar yang dikongsikan oleh Bomba Perak menerusi laman […]
Trafik Masih Perlahan Dari Hentian Gombak Ke Plaza Tol Gombak Terus MRR2
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan bahawa aliran trafik masih perlahan dari Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak terus MRR2. Jika dilihat pada perkembangan semasa, trafik pada laluan tersebut turut dilaporkan perlahan pada petang tadi. Dan dalam perkembangan terbaru menerusi Twitter LLM Trafik, laluan tersebut dinyatakan masih perlahan setakat jam 8.47 malam tadi. 8.47pm KL-KARAK@E8 : […]
Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 9 malam. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 6:30 petang tadi menunjukkan terdapat 9 negeri dijangka dilanda ribut petir. Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah iaitu […]
Jarak Fizikal Antara Jemaah Dikurang Kepada Satu Meter – JAWI
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat beberapa ketetapan baharu berhubung aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di sini, Putrajaya dan Labuan, termasuk penjarakan fizikal antara jemaah dikurangkan daripada 1.5 meter kepada satu meter. Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan berkenaan berkuat kuasa bermula waktu Maghrib hari […]

5,713 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan Hari Ini, Lebih Tinggi Berbanding Semalam
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini, setakat 4 November 2021 sebanyak 5,713 kes baharu Covid-19 dilaporkan dan menjadikan kes kumulatif mencecah 2,492,343 Kes baharu yang dilaporkan hari ini lebih tinggi berbanding semalam yang mencatatkan hanya 5,291 kes. KKM terus menyeru orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang […]

Syamsul Yusof Perlu Cadangan 2 Pelakon Nak ‘Berentap’ Dengan Malik, Jai Dan Shark Dalam KL Gangster 3
Beberapa bulan sebelum ini, pengarah terkenal Syamsul Yusof pernah mengumumkan bahawa beliau akan menerbitkan sekuel KL Gangster yang terbaru dan terakhir iaitu KL Gangster The Finale. Antara pelakon-pelakon yang sudah pasti akan membarisi filem sekuel ini ialah Aaron Aziz sebagai Malik, Adi Putra sebagai Jai dan Syamsul Yusof sendiri sebagai Shark. Dalam kiriman terbaru instagram […]

Trafik Perlahan Di Tol Plaza Gombak Dari MRR2 Dan 2.3km Sebelum Terowong Genting Sempah Arah Timur
Seperti semua tahu, hari ini adalah hari cuti bagi meraikan sambutan Hari Deepavali dan sudah pati orang ramai akan keluar bercuti ataupun pulang ke kampung halaman. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan pada jam 10.54 pagi tadi trafik bergerak perlahan di lokasi sebelum masuk Tol Plaza Gombak dari MRR2 dan 2.3km sebelum Terowong Genting Sempah arah […]

(Video) Kanvas Lori ‘Terbang’ Timpa Penunggang Motosikal, Dua Orang Nyaris Digilis Lori Tangki
Dalam satu kejadian bertarikh 3 November 2021 yang berlaku di lebuhraya Puchong menuju Putrajaya, dua orang yang menaiki motosikal nyaris digilis lori tangki minyak apabila kanvas yang menutup muatan sebuah lori yang lain terbang dan menimpa penunggang motosikal tersebut. Video yang dimuatnaik di laman TikTok Selangor TV itu mendapat lebih 15,000 reaksi orang awam. Selepas […]
Hukum Suami Berpura-pura Curang Hanya Nak ‘Prank’ Isteri Adalah Haram Di Dalam Islam – Mufti WP
Zaman sekarang ini, banyak kejadian-kejadian ‘prank’ yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita yang bertujuan nak mengenakan seseorang dengan tujuan yang tertentu. Ada yang prank sebab nak malukan kawan, ada yang nak surprisekan mak ayah dan ada juga berpura-pura curang dengan pasangan. Melalui kiriman terbaru dari laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada individu yang bertanya […]

Wanita Dilapor Maut Akibat Tergelincir & Jatuh Ke Sungai Dari Ketinggian 100 Kaki Semasa Bergambar Di Tebing
Seorang wanita dilapor maut akibat tergelincir di tebing pada ketinggian 100 kaki selepas bergambar di depan suaminya dalam satu kejadian di Luxemborg baru-baru ini. Menurut laporan Daily Mail, wanita tersebut, Zoe Snoeks, 33, bersama suaminya, Joeri Janssen melancong ke wilayah itu dan turut berkunjung ke Desa Nadrin pada Selasa pagi. Ketika itu mereka berdua bersama […]
Gempa Bumi Dengan Magnitud 5.4 Dilaporkan Melanda Selatan Laut Maluku
Satu gempa bumi sederhana pada magnitud 5.4 skala Ritcher dilaporkan telah berlaku di Selatan Laut Maluku pada 10.11 malam tadi. Menerusi ciapan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak pada koordinat 0.4° Selatan dan 124.1° Timur dengan jarak 150 km Tenggara dari Gorontalo, Indonesia. Walau bagaimanapun, gempa bumi dengan kedalaman 10 km itu tidak menimbulkan […]
8 Orang Dilapor Maut Dalam Insiden Tembakan Di Pesta Halloween Yang Bertemakan Squid Game
Kira-kira lapan orang dilaporkan maut dalam insiden tembakan di pesta Halloween yang bertemakan Squid Game. Menurut Ladbible, kejadian tembakan itu didakwa telah dilakukan oleh dua kumpulan samseng di kejiranan Santa Ana Panama pada Jumaat lalu. Media tempatan melaporkan bahawa lima orang didakwa telah ditembak mati manakala tujuh dilaporkan cedera dan tiga mayat lain dikatakan telah […]
Dua Maut, Enam Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat
KUANTAN, 3 Nov (Bernama) — Dua maut manakala enam cedera ringan dalam kemalangan melibatkan empat kereta di Km59 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan seorang penumpang kereta Perodua Aruz, Nur Alya Fakhira Ariffen, 18, dan pemandu kereta Honda City, […]

(Video) Meriah, Ruang Udara Sekitar Petaling Dari Subang, Puchong Ke Shah Alam Penuh Percikan Bunga Api
Meriah, itulah yang boleh digambarkan apabila ruang udara di sekitar daerah Petaling dari Subang, Puchong hingga ke Shah Alam pada malam ini dipenuhi dengan percikan bunga api. Perkongsian Bernama TV menerusi Twitter memaklumkan, ia berikutan bersempena sambutan Hari Deepavali bagi tahun ini yang disambut pada 4 November hari ini. Bernama TV turut memuat naik rakaman […]

(Video) Suami Robohkan Dapur Sendiri Sebab Tak Suka Isterinya Meminati Warna Pink
Gara-gara tidak suka dengan warna merah jambu yang mendominasi dekorasi rumah, seorang lelaki tekad ‘menghancurkan’ dapurnya sendiri. Memetik laporan Suara, aksi lelaki itu yang gigih menghancurkan jubin dapur berwarna merah jambu itu dirakam dan dimuat naik di akaun TikTok Olinn21. “Kenapa hancur ketika waktu aku tiada. Dia tak suka. Aku suka pink,” katanya dalam kapsyen video […]
(Video) Terlalu Gugup, Pengantin Tersilap Sebut Nama Bapa Mentua Sebagai Bakal Suami Ketika Minta Restu
Akad nikah merupakan momen paling bermakna yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Debaran yang dirasai pada hari itu sememangnya sangat sukar untuk digambarkan terutama apabila terlafaznya akad yang suci. Namun, debaran yang dirasai itu juga kadangkala menimbulkan detik lucu yang boleh mengundang tawa. Seperti kejadian yang tular di Indonesia ini yang memperlihatkan seorang pengantin wanita yang […]
Lelaki Dilapor ‘Merentas’ Ke Singapura Untuk Tikam Anak 17 Kali Kerana Mendakwa Anaknya Jual Rumah Keluarga
Seorang lelaki warganegara Malaysia dilaporkan telah menikam anak perempuannya sebanyak 17 kali di perhentian bas di Singapura dengan niat untuk membunuh selepas mendakwa bahawa anaknya itu telah menjual rumah keluarga mereka di Malaysia, lapor Mothership. Menurut portal itu, lelaki berusia 65 tahun itu menyeberangi sempadan ke Singapura untuk melakukan perbuatan tersebut pada Januari 2020. Difahamkan, […]
Tiru Aksi “Salam Dari Binjai”, 9 ‘Bocah’ Ditahan ‘Tumbangkan’ Pokok Pisang Penduduk Kampung
Terpengaruh dengan trend aksi ‘Salam dari Binjai’, sembilan orang remaja dilaporkan telah ditahan oleh penduduk kampung kerana didapati telah merosakkan puluhan pokok pisang milik penduduk di Kabupaten Lamongan, Jawa Timur. Menurut Tribun News, mereka didapati telah melakukan aksi tersebut pada waktu siang dan malam selama empat hari berturut-turut. Difahamkan, mereka menjadikan pokok pisang tersebut sebagai […]
‘Prank’ Isteri Dengan Buat Video Curang? Pejabat Mufti WP Perjelaskan Hukum Yang Kita Perlu Tahu
Menerusi media sosial, pelbagai konten dapat dilihat sama ada yang bersifat positif ataupun yang bersifat negatif. Lambakan konten tersebut sebenarnya boleh mempengaruhi seorang kerana mengikuti sesuatu trend. Begitu jugalah dengan trend masa kini di mana ada individu yang menghasilkan video ‘prank’ di mana si suami menghasilkan sebuah video yang menunjukkan dia curang dengan wanita lain […]

Amaran Banjir: TNB Keluarkan Panduan Keselamatan Elektrik Kepada Orang Ramai
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan beberapa panduan keselamatan elektrik kepada orang ramai susulan jangkaan berlaku musim tengkujuh yang membawa hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula bulan ini hingga awal Januari depan. TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan panduan itu antaranya orang ramai dinasihatkan agar menghindari penggunaan sebarang […]