Berita

Tak Sempat Nak Sampai Sekolah, Murid Darjah 3 Maut Kemalangan Terperosok Bawah Lori
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di jalan Pancor, Durian Tunggal Melaka awal pagi tadi. Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi itu menyebabkan pelajar tahun 3 Sekolah Kebangsaan Parit Melana tidak kesampaian untuk ke sekolah. Paling menyedihkan lagi, hari ini merupakan hari pertama persekolahan dibuka […]
Luqman Hakim Sedang Mendahului Undian Anugerah ‘Golden Boy 2020’, Diekori Rapat Dua Pesaing Terdekat
Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim, yang tercalon dalam anugerah Golden Boy bagi tahun 2020 kini dilaporkan sedang mendahului carta tersebut. Luqman kini mendahului carta anugerah berprestij itu dengan mengumpul undian sebanyak 9% diikuti rapat Heorhiy Tsitaishvili (Dynamo Kiev) dan Eduardo Filipe Vieira Coimbra Simões Quaresma (Sporting Lisbon) dengan undian sebanyak 8%. Sementara itu, pemain […]
Parlimen: Penjarakan Sosial Jemaah Solat Jumaat Dikekalkan Buat Masa Ini
KUALA LUMPUR, 22 Julai — Penjarakan sosial di antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata perkara itu dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan berikutan penularan wabak COVID-19. “Untuk menjustifikasikan hal ini kami telah merujuk […]
Amaran Tsunami Dikeluarkan, Gempa Bermagnitud 7.4 Gegar Alaska
Satu amaran tsunami telah dikeluarkan selepas gempa bumi besar yang berukuran 7.4 skala Richter yang melanda Semenanjung Alaska pada pukul 2.12 petang hari ini. Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ mengatakan bahawa gempa bumi tersebut adalah pada kedalaman 10km (enam batu). Menurut Mirror, amaran tsunami tersebut dikeluarkan untuk Alaska Selatan dan Semenanjung Alaska. Amaran mengatakan tahap […]
Pemandu Mabuk: Lelaki Australia Didenda RM 5,000 – BERNAMA
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Seorang ahli perniagaan Australia dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, buat kali kedua. Majistret Puteri Nursheila Rahimi turut mengarahkan supaya lesen memandu Benjamin Simon Casha, 47, digantung selama dua tahun. Simon didakwa memandu di bawah […]

Lebih 60 Peratus Rakyat Jepun Mahu Olimpik Tokyo Dibatalkan, Ditunda Lagi
TOKYO, 22 Julai – Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi, lapor agensi berita Sputnik. Pada akhir Mac, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan jawatankuasa penganjur Sukan Tokyo 2020 mengumumkan acara itu ditangguhkan pada 2021 kerana wabak COVID-19. Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, dijadual diadakan dari […]

Tukang Perabot Didakwa Bunuh Bekas Isteri
JOHOR BAHRU, 22 Julai – Seorang tukang perabot dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bekas isterinya, Rabu lepas. Tertuduh, Oh King Zee, 33, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom, namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Oh yang mempunyai […]

Suami Youtuber Sensasi Ditahan, Didakwa Miliki Senjata Berbahaya
Ipoh: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan perintah reman selama tiga hari terhadap suami seorang YouTuber sensasi, bermula hari ini. Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor terhadap lelaki berusia 29 tahun itu selepas membenarkan permohonan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan memiliki senjata berbahaya, mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata […]
Kaji Selidik PDRM: 99% Setuju Tindakan Lebih Tegas Dikenakan Untuk Individu Langgar Arahan Kuarantin
Sejak kebelakangan ini, ramai individu yang melanggar arahan kuarantin di rumah. Jelas kelihatan apabila di sosial media, kebanyakannya ‘megah’ memuat naik gambar walaupun wristband masih di pergelangan tangan. Hal ini telah membuatkan ramai yang gelisah dan takut dijangkiti oleh wabak Covid-19. Susulan dengan itu, mengadakan satu kaji selidik untuk melihat sama ada pengguna-pengguna Facebook bersetuju atau […]

Lebih 500 Banduan Di Texas, As Dijangkiti Covid-19
Houston: Jumlah kes COVID-19 disahkan di sebuah penjara di selatan Texas Amerika Syarikat (AS) meningkat mendadak kepada 510 pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik Biro Penjara. Lebih 500 wanita positif COVID-19 di penjara Federal Medical Center-Carswell di Fort Worth, bandar kelima terbesar di Texas. Tiga minggu lalu, penjara itu hanya mencatatkan tiga kes COVID-19. Kematian […]

Sedang Sembunyi Di Sebalik Batu Besar, Dua Pati Warga Indonesia Ditangkap Di Kota Tinggi, Johor
Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan dua pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia di pesisiran pantai Ladang Sg. Tengah, Kota Tinggi, Johor, awal pagi ini. Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua individu itu ditahan pada 6.20 pagi oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 […]

Hilang Pendapatan Sebagai Juruterbang Akibat Covid-19, Lelaki Ini Pilih “Food Delivery” Demi Nak Sara Keluarga
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu bagi membandung penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, ternyata memberikan impak yang besar kepada setiap rakyat. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, diberhentikan kerja dan peniaga juga ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tidak dapat bertahan dalam situasi tersebut. Seperti perkongsian oleh seorang Juruterbang yang dikenali […]
Hidung Berhingus Dan Nafas Berbau, Doktor Temui Patung Mainan Kecil Dalam Hidung Budak
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah pastinya sudah terbiasa untuk memerhatikan gerak geri anak mereka. Manakan tidak, sekiranya pergerakan mereka ini tidak diawasi, perkara yang tidak diingini mungkin boleh terjadi. Menerusi satu perkongsian yang dikongsi melalui Facebook seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari, ada salah seorang pesakitnya yang juga merupakan kanak-kanak dimaklumkan sering mengalami […]
Covid-19 Di AS “Bertambah Parah Sebelum Jadi Lebih Baik,” Kata Trump
WASHINGTON, 22 Julai (Bernama) — Presiden Donald Trump berkata pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mungkin akan “bertambah parah sebelum ia menjadi lebih baik”, lapor agensi berita Xinhua. “Mungkin, ia akan menjadi lebih buruk sebelum keadaan menjadi lebih baik, sesuatu yang saya tidak suka untuk katakan tetapi itulah hakikatnya,” kata Trump pada taklimat media di […]
Bimbang Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Anggota DBKL Gigih Alihkan Batu Besar Di Atas Jalan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi laman Facebook hari ini berkongsikan rakaman beberapa anggota warden trafik DBKL membantu mengalihkan batu besar yang menghalang di tengah-tengah jalan di Jalan Mahameru menghala ke Bangsar lewat petang semalam. “Serpihan batu besar tersebut disebabkan kemalangan jalan raya dan dikhuatiri boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut”, menerusi […]
Rakaman Papar Kucing Diseret Beberapa Meter Timbulkan Kemarahan Ramai
Perbuatan menganiayai haiwan adalah salah satu tindakan yang dilihat sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, seekor kucing telah dirakamkan diseret oleh seorang lelaki sambil menaiki basikal. Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian yang dipercayai berlaku di Jeti Sungai Udang, Perak telah berjaya dirakam oleh seorang penumpang kenderaan yang […]
Undian KKM: 95% Setuju Jika Kerajaan Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam
Malaysia pada ketika ini masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun keadaan semasa memperlihatkan bilangan kes Covid-19 menimbulkan kebimbangan ramai. Manakan tidak, kes baharu jangkitan Covid-19 menyaksikan bilangan dua angka selama tiga hari berturut-turut. Susulan daripada itu juga, kerajaan pada ketika ini sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Disebabkan […]

JAKIM Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu Status Halal Produk Sos Sardin Jenama Siri Jawi
Tular baru-baru ini tentang keraguan produk makanan dalam tin iaitu produk sos Sardin tentang isu halal yang dipertikaikan oleh orang ramai. Tujuan JAKIM ingin menjelaskan isu ini adalah untuk mengelakkan daripada orang ramai terus dibelenggu kekeliruan. Untuk lebih faham, di bawah adalah kenyataan daripada pihak Bahagian hab Halal Jakim menjawab isu yang tular tersebut. Kenyataan […]
(Video) Nozel Minyak Masih ‘Melekat’ Di Kereta, Wanita Berdepan Detik Cemas Hampir ‘Dilibas’ Hos Nozel Minyak
Satu insiden yang mencemaskan memaparkan sebuah kereta yang berjalan meninggalkan stesen minyak di di Bridgewater, utara Hobart tanpa menanggalkan nozel minyak terlebih dahulu berjaya dirakam kamera rakaman litar tertutup. Kereta tersebut dipercayai terlupa untuk menanggalkan nozel pam minyak tersebut terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanannya. Rakaman CCTV memaparkan bagaimana hos nozel tersebut mula meregang sebelum tercabut […]
“Kami Tak Serik Untuk Hasilkan Mural Lagi” – Pelukis Mural Gergasi
SHAH ALAM, 21 Julai (Bernama) — “Walaupun hasil seni kami dicemari vandalisme dan kini terpaksa ‘dipadam’ sepenuhnya, tapi ia langsung tidak buat kami serik untuk berkarya lagi,” kata pelukis mural gergasi potret pemimpin negara, Muhamad Firdaus Nordin. Beliau merupakan seorang daripada tiga pelukis berbakat yang mengekspresikan penghargaan mereka kepada pemimpin negara menerusi karya potret mural gergasi pada dinding sebuah […]