Berita
Covid-19: China Puji Kepakaran Staf Perubatan Malaysia Kerana Berjaya Rawat Rakyatnya
PEJABAT kedutaan China di Malaysia merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Hospital Permai, Johor Bahru atas kecekapan mengendalikan kes pesakit warganegaranya yang dijangkiti Coronavirus (COVID-19). Menerusi satu tweet yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter nya @DGHisham tengah hari tadi, ucapan penghargaan tersebut dirakamkan dalam sehelai surat rasmi dari […]
Luxembourg Jadi Negara Pertama Sediakan Perkhidmatan Awam Percuma Untuk Rakyatnya
Luxembourg merupakan negara pertama menyediakan perkhidmatan awam percuma kepada rakyatnya. Pengangkutan terlibat adalah bas, keretapi dan tram yang sedia percuma pada setiap hari Sabtu sebelum ini. Menurut Menteri Pengangkutan, Francois Bausch, inisiatif itu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik disebabkan penggunaan kereta yang tinggi dalam kalangan penduduknya. “Sebab utamanya adalah untuk menyediakan mobiliti berkualiti dan seterusnya (faktor) isu […]
16.9 Kilogram Sampah Dikutip Sepanjang Sungai Gabai
MENGEJUTKAN! Kira-kira 16.9 kilogram sampah daripada pelbagai jenis berjaya dikutip sepanjang trek pejalan kaki di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. Dapatan kutipan itu disahkan oleh jawatankuasa audit, program Nature Hero: Clean Up Sungai Kita, Nusrah Yunus berdasarkan proses audit yang dijalankan ke atas sampah-sampah tersebut. Menurut Nusrah, 16.9 kilogram sampah itu […]
Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Dipinda Ke 8 Jun
Putrajaya, 4 Mac- Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengumumkan pindaan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong yang jatuh pada 6 Jun 2020. Dalam kenyataan media dimuatnaik di Facebook rasmi KSN, beliau memaklumkan hari tersebut dianjak kepada Isnin bersamaan 8 Jun 2020. “Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri […]
OKU Berkerusi Roda Cari Rezeki Dengan Upah Menjahit
KOTA BHARU, 4 Mac — Walaupun terpaksa berkerusi roda akibat kecacatan di kaki namun ia tidak menjadi penghalang kepada Ruzanna Zainudin, 35, untuk berdikari dengan mengambil upah menjahit pakaian bagi menambah sumber pendapatan keluarganya. Meskipun pergerakan harian beliau menggunakan kerusi roda sepenuhnya, namun ibu kepada seorang anak ini tetap cekal berusaha menjana pendapatan tambahan dengan mengambil upah […]
JKM Mohon Orang Ramai Bantu Kesan Keluarga Dua Kanak-Kanak, Terpisah Sejak Lahir
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Willayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memuatnaik maklumat dua orang kanak-kanak yang terpisah dengan ibu kandung sejak kecil. Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia lapan dan 10 tahun dipercayai telah diabaikan ibu kandung sejak bayi. Berikut merupakan maklumat kanak-kanak berkenaan. Kanak-kanak pertama Mencari waris: Nama kanak-kanak: Mohammad Amin bin Abdullah No sijil lahir: […]
Korea Selatan Sahkan 516 Pesakit Lagi Positif Covid-19 Hari Ini
Korea Selatan sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat sehingga ke hari ini. Kes baharu dilaporkan meningkat kepada 561 dan menjadikan jumlah kes mencecah 5, 328 kes positif. Jumlah kematian yang dicatatkan hari ini di Korea Selatan adalah satu kematian. Jumlah penuh kematian untuk wabak ini adalah 33 orang. BREAKING: 516 new coronavirus cases […]
COVID-19: Jepun Mungkin Tangguhkan Tokyo 2020
MENTERI Olimpik Jepun, Seiko Hashimoito berkata, acara Tokyo 2020 mungkin akan ditangguhkan dari musim panas sehingga hujung tahun berikutan bimbang dengan penularan wabak Coronavirus (COVID-19). Menjawab persoalan tersebut di parlimen Jepun, beliau menjelaskan kontrak Tokyo dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang akan diadakan pada 2020. “Boleh dimaksudkan dengan penangguhan,” katanya. Acara sukan antarabangsa tersebut dijadualkan […]
Maklumat 7 Pesakit Terbaru COVID-19, Dua Kes Tiada Gejala -KKM
Sebanyak tujuh kes terbaru COVID-19 melibatkan warga tempatan telah dilaporkan di Malaysia semalam. Maklumat lanjut mengenai kesemua kes baru tersebut telah dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar YAB Perdana Menteri pada hari ini mengenai pertambahan tujuh (7) kes baharu. Didapati kesemua tujuh kes […]
Wanita Ditahan Selepas Buat Ugutan Mahu Bunuh Perdana Menteri Baru
Seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna Penny Tai telah ditahan setelah meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Datuk Fadzil Bin Ahmat, wanita berusia 28 tahun itu telah ditangkap di Ampang Jaya semalam. “Pada 2 Mac 2020 jam lebih kurang 2 petang, seorang […]

Hajat Nak Sambut “Birthday” Tak Kesampaian, Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Lepas 37 Hari Jadi Ayah
Adik lelaki kepada pelakon Yana Samsudin, Muhammad Fahmi Harith Samsudin dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram, Yana memaklumkan perkara sedih berkenaan kepada semua pengikutnya. Lebih mengayat hati, arwah Fahmi yang merupakan satu-satunya lelaki dalam adik-beradik turut dikatakan baru sahaja bergelar bapa selama 37 hari. ”Aku kehilangan adik […]
Bayi & Ibu Ditemui Kaku, Maut Bersalin Dirumah Dipercayai Tak Cukup Duit Nak Ke Hospital
Luluh hati seorang suami apabila terpaksa menerima pemergian dua insan tersayang secara serentak. Menurut perkongsian Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, beliau telah menguruskan jenazah seorang wanita dan bayinya yang meninggal dunia dipercayai kerana bersalin di rumah. Tambah Uncle, mangsa yang merupakan warga asing dikatakan hanya tinggal di bilik sewa dengan gaji suami […]
Saintis Kongsi Macam Mana Cuci Tangan Dengan Sabun Boleh Bunuh Virus Covid-19
Ada antara kita yang mengambil enteng penjagaan kebersihan, malah ada individu yang tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas. Amalan membasuh tangan merupakan antara perlindungan terawal tubuh badan kita dari virus dan bakteria. Tanpa penjagaan kebersihan yang teliti, seseorang mungkin terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria dengan mudah sekali. Seorang saintis dan profesor di Universiti Johns […]

Sepatutnya 9 Mac, Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh Ke 18 Mei 2020
Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan akan berlangsung pada 9 Mac ini, ditangguhkan ke 18 Mei. Mengambil kenyataan daripada Astro Awani, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan perkara berkenaan selepas pihaknya menerima pemakluman daripada Pejabat Perdana Menteri. ”Tiada persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac. “Tarikh baru Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei, […]
Lelaki Dikhuatiri Lemas Dua Hari Ditemukan Selamat
PORT DICKSON, 4 Mac – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di pantai berhampiran sebuah resort di sini, ditamatkan tengah malam tadi, susulan mangsa ditemukan selamat berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang. Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Port Dickson Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata mangsa Mohd Fakhrul Fareez Mohd Afandi, 32, ditemukan warisnya pada 12.42 […]
Covid-19: UAE Tambah Cuti Semua Sekolah, Universiti Selama Sebulan
Abu Dhabi, 4 Mac – Kementerian Pendidikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) melanjutkan cuti musim bunga selama empat minggu bagi semua institut pengajian tempatan bermula Ahad ini. Pemberian cuti tambahan tersebut melibatkan semua sekolah-sekolah, kolej dan universiti awam serta swasta di negara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi penularan wabak COVID-19. Menurut laporan Gulf News, kerja-kerja pembasmian […]
Whatsapp Dah Ada “Dark Mode”, Ini Cara Nak Tukar Mod Gelap Untuk IOS Dan Android
Terbaru Aplikasi Whatsapp akhirnya menawarkan fungsi ‘dark mode’ dengan tema berwarna gelap dan ia berfungsi untuk semua pengguna Android 10 dan IOS 13. Untuk pengguna Android 9 juga boleh mengaktifkan tema gelap ini dalam menu tetapan Whatsapp. Tema gelap ini akan berwarna hitam gelap pada iOS dan kelabu gelap pada Android. Ia merupakan satu-satunya ciri […]
(Video) Penduduk Jakarta Kongsi Pengalaman “Pembelian Panik’ Selepas Terjejas Wabak Covid-19
Pembelian panik dilaporkan tercetus di pasar raya dan farmasi sekitar Jakarta pada 2 Mac berikutan pengumuman Presiden Indonesia, Joko Widodo berkenaan 2 kes positif pertama virus Covid-19 di negara itu. Ramai penduduk Jakarta berkongsikan pengalaman mereka ketika di pasaraya yang penuh sesak dengan orang ramai yang sedang membeli barangan secara besar-besaran untuk dijadikan stok, berikutan […]
Hampir 50 Peratus Hutan Simpan Yang Terbakar Berjaya Dipadam – Bomba
KUALA LANGAT, 3 Mac (Bernama) — Hampir 50 peratus daripada keseluruhan 50 hektar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sini yang terbakar lebih lima hari lepas berjaya dipadam setakat ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menganggarkan tempoh masa pemadaman bagi keseluruhan kawasan hutan simpan yang terjejas itu akan […]
Muhyiddin Perlu Diberi Ruang Keluarkan Negara Dari Situasi Regresif – MTUC
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini berkata Perdana Menteri baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberikan ruang untuk membawa negara keluar dari situasi regresif semasa yang telah menjejaskan golongan pekerja secara menyeluruh. Presiden MTUC Datuk Halim Mansur, ketika mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikannya sebagai perdana menteri kelapan Malaysia, berkata tugasan berat pemimpin […]