Berita

“Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga
“Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga Ibu merupakan insan yang sentiasa dikenang jasanya kerana telah meminjamkan rahimnya untuk kita, insan bergelar “anak” berteduh sebelum mengenal dunia. Tidak dilupakan juga, pengorbanan seorang lelaki gagah perkasa bernama “Ayah” dalam menyediakan seluruh keperluan asas malah lebih. Meskipun jarang bersama […]

Tiada Lagi Maybank2U di Semua Gedung Aplikasi – Maybank
Tiada Lagi Maybank2U di Semua Gedung Aplikasi – Maybank Maybank telah mengumumkan bahawa semua kemas kini untuk aplikasi Maybank2u MY akan dihentikan, dan ia tidak lagi boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery, bermula 30 Jun 2024. Jika anda masih mempunyai aplikasi Maybank2u MY dalam peranti anda selepas tarikh tersebut, […]

Mahmud Masih Mewakili Ibu Zayn Rayyan Yang Ditahan Reman
Mahmud Masih Mewakili Ibu Zayn Rayyan Yang Ditahan Reman Peguam, Mahmud Jumaat menegaskan bahawa beliau masih mewakili ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak berusia enam tahun yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan anak autisme tersebut. Dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya, Mahmud menjelaskan bahawa keputusan untuk terus mewakili ibu kepada Zayn […]

Polis Wanita Nekad Bakar Suami Hidup-Hidup Hingga Maut
Polis Wanita Nekad Bakar Suami Hidup-Hidup Hingga Maut Seorang pegawai polis wanita Indonesia dipercayai telah melakukan tindakan nekad dengan membakar suaminya, yang juga seorang anggota polis, hidup-hidup hingga maut. Sebelum kejadian tragis itu berlaku, pasangan tersebut dikatakan telah bertengkar, lapor media tempatan. Menurut pengakuan suspek kepada pihak berkuasa, suaminya sering menghabiskan gaji untuk berjudi dalam […]

Tiga Anggota Polis Ditahan Disyaki Terlibat Salah Laku
Tiga Anggota Polis Ditahan Disyaki Terlibat Salah Laku Polis Pulau Pinang sedang menjalankan penyiasatan berhubung tangkapan tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus yang disyaki terlibat dalam salah laku pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, mengesahkan bahawa ketiga-tiga anggota tersebut kini ditahan bagi membantu dalam siasatan lanjut. “Benar (ada […]

Seorang Individu Tanpa Identiti Rentung Dalam Kereta
Seorang Individu Tanpa Identiti Rentung Dalam Kereta Individu yang tidak dikenali ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di hadapan bangunan kosong berhampiran tanah perkuburan Cina di Bagan Serai pada Isnin. Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.05 petang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara. Penolong Pengarah Bahagian […]

Lima Haiwan Di Zoo Rimba Razia Mati Akibat Cuaca Panas
Lima Haiwan Di Zoo Rimba Razia Mati Akibat Cuaca Panas KUALA BERANG, 10 Jun (Bernama) — Pemilik Zoo Rimba Razia di Kuala Berang rugi puluhan ribu ringgit selepas lima ekor haiwan mati dipercayai akibat cuaca panas yang berterusan sejak April lepas. Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata haiwan terbabit ialah capybara, alpaka, kanggaru, rusa bintik dan […]

Terima Jemputan Kementerian Media Arab Saudi, Elfira Loy Tunai Ibadah Haji
Terima Jemputan Kementerian Media Arab Saudi, Elfira Loy Tunai Ibadah Haji Bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perasaan pelakon dan pengacara, Elfira Loy, apabila menerima jemputan menunaikan ibadah haji. Menurut Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, tawaran daripada Kementerian Media Arab Saudi itu dianggap sebagai panggilan istimewa. “Masih lagi dalam keadaan tak percaya, tapi inilah nikmat […]

Daging Babi Dibuang Ke Dalam Sungai, Nelayan Buat Laporan Polis
Daging Babi Dibuang Ke Dalam Sungai, Nelayan Buat Laporan Polis GUA MUSANG, 10 Jun (Bernama) — Sekumpulan nelayan di Kampung Setelu, Kampung Pasir Tumbuh dan Kampung Bertam, di sini, semalam membuat laporan polis selepas menemukan daging dipercayai daging babi dibuang ke dalam Sungai Nenggiri, di sini, Sabtu lepas. Zulkifli Junuh, 52, berkata pada 5.30 petang dia ternampak […]

OKU Warga Emas Hasilkan Cenderamata Daripada Origami Untuk Tambah Pendapatan
OKU Warga Emas Hasilkan Cenderamata Daripada Origami Untuk Tambah Pendapatan TANAH MERAH, 10 Jun (Bernama) — Walaupun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) langsung tidak mematahkan semangat warga emas Mohd Zain Dollah, 73, untuk terlibat dalam seni origami bagi menambah pendapatan. Menetap di Kampung Bukit Kechik, di sini, Mohd Zain yang mengalami kecacatan di kedua-dua tangan, jari […]

Cadangan Kenaikan Harga Siling BPT Jangka Dimuktamadkan Oktober Ini
Cadangan Kenaikan Harga Siling BPT Jangka Dimuktamadkan Oktober Ini SERDANG, 10 Jun (Bernama) — Cadangan kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) dijangka dimuktamad sebelum Oktober tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata cadangan berkenaan masih dalam perbincangan melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan beberapa kementerian […]

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Kediaman, Dipercayai ‘Lakon Semula’ Anak Hilang
Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Kediaman, Dipercayai Lakukan ‘Lakon Semula’ Kejadian PETALING JAYA — Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, dibawa kembali ke kediaman mereka di Apartment Idaman, Damansara Damai, dipercayai untuk proses lakonan semula kejadian hari ini, lapor Sinar Harian. Suspek itu, yang kini berada dalam tahanan reman polis dibawa ke blok […]

Tiada Kenaikan Pangkat Bagi Ketua Jabatan Jika ‘Tutup Mata’ Amalan Salah Laku
Tiada Kenaikan Pangkat Bagi Ketua Jabatan Jika ‘Tutup Mata’ Amalan Salah Laku PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) — Tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku penjawat awam di bawahnya dan tidak dilaporkan, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun di sini […]

Nahas Bas Rompin: Seorang Lagi Guru Maut
Nahas Bas Rompin: Seorang Lagi Guru Maut ROMPIN, 9 Jun (Bernama) — Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi […]

Nahas Bas Rompin: Seorang Lagi Guru Maut
Nahas Bas Rompin: Seorang Lagi Guru Maut ROMPIN, 9 Jun (Bernama) — Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi […]

Salah Seorang Mangsa Nahas Bas Guru Dipercayai Bakal Bersara Julai Depan
Salah Seorang Mangsa Nahas Bas Guru Dipercayai Bakal Bersara Julai Depan Pembantu operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, Allahyarham Hamzah Ahmad, 60, yang meninggal dunia dalam kemalangan bas persiaran yang membawa rombongan guru di Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran simpang tiga Bahau, Muadzam Shah, dijadualkan bakal bersara Julai depan. Anak perempuan sulungnya, Siti Zulaikha, 25, […]

Baru Tiga Bulan Mengajar, Guru Agama Maut Tersepit Dalam MyVi
Baru Tiga Bulan Mengajar, Guru Agama Maut Tersepit Dalam MyVi Seorang guru agama sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) maut dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori pasir tanpa muatan di Kampung Kubang Telaga, pada Ahad. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2 petang, menyebabkan Nur Ain Fitriah Zakaria, 25, mengalami kecederaan parah dan […]

Cara Nak Mohon BUDI MADANI
BUDI MADANI: Ini Kriteria Kelayakan & Cara Mohon Dapatkan Bantuan RM200 Sebulan BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI […]

Harga Diesel Di Semenanjung Ditetapkan RM3.35 Seliter Mulai 12.01 Tengah Malam Ini
Harga Diesel Di Semenanjung Ditetapkan RM3.35 Seliter Mulai 12.01 Tengah Malam Ini PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) — Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam ini. Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah harga […]

Kerajaan Laksanakan Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Malaysia Bermula 10 Jun 2024
Kerajaan Laksanakan Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Malaysia Bermula 10 Jun 2024 Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula Isnin, 10 Jun […]