Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
pemandu ev geely
Kredit: Bernama

Pemandu Guna EV Tidak Akan Kembali Guna Petrol – Geely

Azizah Najib

Pemandu Guna EV Tidak Akan Kembali Guna Petrol – Geely

HANGZHOU, 6 November (Bernama) — Penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin memperoleh momentum di peringkat global, dengan China berada di barisan hadapan dalam peralihan ke arah pengangkutan mesra alam.

Ketua Komunikasi Global, Geely Holdings Group, Ashley Sutcliffe berkata pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV, sekali gus menekankan potensi transformatif pasaran itu.

“Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa. Saya dengan selesa memandu sejauh 3,000 kilometer di jalan raya, dan bil elektrik sebanyak 415 yuan (kira-kira RM255). Sekiranya menggunakan kereta berkuasa petrol, kosnya membabitkan sekurang-kurangnya 1,500 yuan.

BACA: Jepun Lancar Satelit Kayu Pertama Di Dunia

“Harga petrol di sini sekali ganda lebih mahal daripada harga di Malaysia, menjadikannya sangat mahal untuk digunakan di sini,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, baru-baru ini.

Lawatan delegasi media ke ibu pejabat Geely itu adalah sebahagian daripada Program Lawatan Media Malaysia ke China, anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) untuk menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Sutcliffe berkata EV menyumbang 53 peratus kepada jualan kereta bulanan China dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bersamaan dengan kira-kira dua juta unit setiap bulan — menunjukkan penerimaan yang meluas dan peningkatan permintaan.

Beliau berkata lonjakan itu didorong oleh infrastruktur pengecasan yang meluas dan harga yang berpatutan.

BACA: Proton X70 2025 Kini Dilengkapi Apple CarPlay

Pada peringkat awal, model EV berharga 500,000 hingga 600,000 yuan namun, kini ditawarkan pada harga serendah 30,000 yuan, menjadikan EV boleh diakses oleh pasaran yang lebih luas dan meningkatkan popularitinya.

“Jadi, apabila anda mempunyai kapasiti untuk berkembang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, harga akan susut namun penggunaan akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini, pasaran EV Malaysia masih di peringkat awal namun mempunyai potensi cerah.

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia menyasarkan EV membentuk 80 peratus daripada jumlah industri negara pada 2040, dengan rancangan untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecasan pada 2025 dan meningkatkan bilangan EV kepada 500,000 menjelang 2030.

BACA: Tersilap Label Sabah & Sarawak Dalam Peta, Proton Mohon Maaf

Sutcliffe berkata sumber tenaga boleh baharu di Malaysia seperti solar, angin dan hidro akan memudahkan pembangunan infrastruktur EV.

“Saya percaya Malaysia akan menjadi peneraju tenaga baharu pada masa hadapan,” katanya, merujuk kepada potensi tenaga boleh baharu Malaysia.

Beliau juga berkata inisiatif kerajaan dalam memulakan pembangunan infrastruktur adalah penting.

“Apabila kerajaan memberikan dorongan pertama, pembangunan itu akan terus bergerak,” katanya.

Sumber: Bernama