Kredit: Bernama/Twitter

Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Hari ini tular di Twitter kata kunci “Anwar as PM” susulan pertemuan perwakilan Pakatan Harapan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kesemua ahli parlimen dari PH dilaporkan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Hari ini Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan.

“Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018.”

“Sekarang ini semua kegiatan haruslah terhenti dan menunggu keputusan ke bawah duli YDPA yang harus dihormati dan dipatuhi semua parti dan rakyat negara kita,” kata Anwar dalam siaran langsung parti itu.

“Kita harus hormat kebijksanaan, keputusan dan budi bicara Tuanku mengikut peruntukan perlembagaan yang ada,” katanya mengakhiri sidang media.

Pada 24 Februari lalu, Lim Guan Eng dari DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri setelah beliau meletakkan jawatan.

Kenyataan MediaMajlis Presiden Pakatan Harapan26 Februari 2020

Posted by Parti Keadilan Rakyat on Wednesday, 26 February 2020

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini berkata, Anwar perlu diberi peluang sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sumber: Pakatan Harapan

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Editor: Amira

Tambah komen