Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Patutlah Kucing Selalu Tidur Pada Bahagian Kaki, Rupanya Ini Sebabnya

Bagi pemilik kucing, pasti ada perangai pelik mereka yang anda perhatikan selama ini. Ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.

Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut laman Mental Floss, memetik kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.

Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terperangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.

Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Selain itu, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.

Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territorial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Sumber: Mental Floss

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

BACA: Pernah Makan Nasi Dengan Garam, Wanita Ini Bangkit Jual Kain Pasang & Capai Jualan RM4 Juta Setahun

Amira

Love yourself.