Siakap Keli

Kamera Unggul Persis High Class Versi RM1, 199, Samsung Galaxy A32 5G Mid-Range Dalam Kelasnya Tersendiri

Mac lalu Samsung dengan hebatnya telah melancarkan siri peranti mereka yang terdiri daripada Samsung Galaxy A32, Samsung Galaxy A52, Samsung Galaxy A72 dan Samsung Galaxy A32 5G.

Haritu kami dah kongsi dua artikel melibatkan Samsung Galaxy A72 yang korang boleh baca disini,

‘Unboxing’ Samsung Galaxy A72 Ungu Violet Tak Pernah Mengecewakan

Baca Ni Kalau Nak Tahu Kenapa Samsung Galaxy A72 Digelar ‘Raja’ Kelas ‘Mid-Range’

Telefon pintar lengkap dengan teknologi 5G

Kalau ikutkan memang teknologi 5G ni memang belum ditawarkan di Malaysia tapi adanya Samsung Galaxy A32 5G ni bagi kami dia device yang memang A++ dan dia ni satu-satunya telefon pintar Siri Galaxy A yang ada 5G kat Malaysia.

Design sleek sedikit tebal

Samsung Galaxy A32 5G kalau diamati reka bentuk dan kemasan dia nampak simple. Unit ulasan yang kami dapat ni adalah dalam warna Awesome Blue dan apa yang boleh kami katakan, bila pegang tu rasa agak tebal.

Tapi, korang kena tau tebal-tebal dia tu sebab Samsung Galaxy A32 5G ni disesuaikan dengan bateri berkapasiti besar, 5, 000mAh. So, dah tahukan kenapa dia tebal?

Panel belakang dan sisi Samsung Galaxy A32 5G diperbuat daripada plastik, pun begitu, kalau tengok tak nampak macam plastik pun. Kemas dan solid!

Part kamera pulak, peranti ni dihadirkan dengan empat kamera belakang dan satu kamera depan.

  • 48MP f/1.8 (kamera utama)
  • 8MP f/2.2 (kamera ultra wide)
  • 5MP f/2.4 (kamera makro)
  • 2MP f/2.4 (kamera potret)

 

Beralih kedepan, Samsung Galaxy A32 5G dihiasi skrin panel Super AMOLED 6.5 inci dengan ukuran badan 164.2 x 76.1 x 9.1 mm.

Pempropesan se-level Snapdragon 750G

Samsung Galaxy A32 5G tampil dengan cipset MediaTek Dimensity 720 5G dengan 8GB RAM dan storan dalaman, 128GB.

Kalau ikutkan storan, kami rasa dah cukup besar dan berkebolehan tinggi untuk kegunaan harian, tapi katalah tak cukup jugak, korang boleh tambah kepada 1TB guna slot mikroSD.

Kamera padu untuk kelasnya

Kamera Galaxy A32 5G menggunakan sensor 48MP sebagai sensor utama dipadankan dengan satu sensor sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 5MP.

Melalui eksperimen kecil, kamera utama Samsung Galaxy A32 5G ni mirip dengan Galaxy A31 tapi dengan resolusi sensor yang sedikit berkurang.

Sensor utama peranti ni dah ngam tapi kalau dalam cahaya yang kurang, gambar akan nampak agak kabur dibeberapa kawasan.

Ultra-wide angle peranti ni bagi kami dah okay sangat. Walaupun nampak sikit distortions kat hujung-hujung sudut tu tapi still, ia bergantung kepada kehadiran cahaya disekitar.

Makro kamera dia sekali lagi nak cakap memang padu, over-sharpened tapi masih memberikan hasil yang gempak.

Untuk zoom kamera pun boleh tahan tapi tak digalakkanlah guna sampai 10x digital magnification tu takut pecah gambar.

Kualiti gambar yang dihasilkan melalui sensor ini bagi kami sangat memuaskan dan sesuai untuk kegunaan korang yang suka Instagraming dan Facebook-ing tu.

Secara keseluruhan, mid-range terbaik

Samsung Galaxy A32 5G ini boleh dikelaskan dalam kategori mid-range mampu milik dengan hanya RM1, 199.

Didatangkan dengan beberapa warna yang menarik, fungsi dan spesifikasi yang unggul, peranti ni ada kelasnya tersendiri.

Untuk maklumat lanjut,  https://bit.ly/3v7BWhs.

Nur Farra