Siakap Keli
Gambar: Zul

“Kerap Sangat Minggu Ni Munculkan Diri,” Kelibat Putih Misteri ‘Bertenggek’ Atas Lori Bikin Seram

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu lori atau pengawal keselamatan, mungkin banyak pengalaman bertemu dengan makhluk misteri kerana lumrah jadual kerja pada awal pagi atau malam.

Hal yang serupa juga berlaku kepada sekumpulan petugas pembersihan dipercayai di Kedah yang mengutip sampah di kawasan perumahan pada awal pagi 22 Mei lalu.

Kongsi salah seorang daripada mereka, dia terlihat kelibat berwarna putih sedang menumpang di atas bumbung lori dinaikinya.

Dalam gambar yang lain, dia berkongsikan imej dipercayai penampakan putih di sebalik sebatang pohon.

Pengalamannya telah dikongsikan semula seorang individu bernama Encik Zul di laman Facebook.

Dugaan keja pagi ni..
Sakan depa lepas kena ikat..
Raya sakan..
Kerap sgt minggu ni muncul diri..

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya

Gambar: Zul
Gambar: Zul
“Ni team yang jumpa entiti tu.” -Zul

Perkongsian itu menyebabkan orang ramai berasa seram, tak kurang juga terhibur dan berseloroh kononnya entiti itu hanya ingin menumpang untuk menghindari sekatan jalan raya.

Menyorok takut kena saman keluar tengah malam

Mesti kes mask tercicir, tak berani nak terbang takut kena saman; lari sekatan jalan raya

Nak cari duit raya

Mujur tengok siang hari, kalau malam..

Sumber: Zul

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ada Kedai Melayu Di Tokyo

BACA: “Teringat Dulu2 Mak Sahut Nama Je Terus Datang”, Iklan Raya Air Selangor Terpaling Sedih, Kisah 1 Syawal Tanpa ‘Syurga’

Amira

Love yourself.