Siakap Keli
pelajar cemas
TikTok: @rawahill

Pelajar Cemas, Jari Tersangkut Pada Lubang Botol Air

Satu video yang memaparkan seorang pelajar berdepan detik cemas apabila jarinya tersangkut pada lubang botol tular di media sosial.

Sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 telah bermula hari ini bagi semua sekolah di seluruh negara pada hari ini telah menyaksikan pelbagai ragam daripada murid-murid sekolah.

Ada yang gembira kerana dapat berjumpa kawan-kawan baharu, ada juga yang menggenggam erat tangan ibu bapanya meminta agar tidak ditinggalkan.

Namun, berbeza pula halnya dengan seorang murid ini. Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di TikTok @rawahill, dapat dilihat bahawa seorang pelajar cemas apabila jarinya tersangkut pada lubang botol minumannya.

Dalam video tersebut, kelihatan jari pelajar cemas itu sedikit bengkak akibat tersangkut pada lubang kecil botol minuman miliknya.

Baca: Youtuber Terkenal Malaysia Dedah Bakal Berkolaborasi Dengan Pelakon ‘Misteri’ Dari Hollywood

Kedengaran juga suara seorang lelaki berkata bahawa jari budak itu tidak dapat dikeluarkan dari penutup botol tersebut.

Anda boleh tonton video di bawah ini.

@rawahill

jari tersangkut pada lubang botol air minuman… #tiktok #aneh #lucu #ajaib #tahunsatu2022 #tahunsatu

♬ bunyi asal – rawahill – rawahill

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 218.3 ribu tontonan serta 4,528 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meninggalkan reaksi dan berseloroh tentang video tersebut.

Sumber: TikTok

Aireena Marizan