Siakap Keli

Kes Mayat 2 Budak Ditemui Dalam Beg, Wanita Diberkas Dipercayai Bunuh Anak Sendiri

Kes Mayat 2 Budak Ditemui Dalam Beg, Wanita Korea Selatan Ditahan, Didakwa Bunuh Anak Sendiri

Pihak polis Korea Selatan dilaporkan telah menahan seorang wanita dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan dua kanak-kanak yang mayatnya ditemui dalam beg pakaian di New Zealand pada bulan lalu. 

Wanita kelahiran Korea Selatan yang merupakan warga negara New Zealand berusia dalam lingkungan 42 tahun itu ditahan di tenggara Ulsan dan akan dipindahkan ke ibu negara Seoul untuk berdepan dengan prosiding ekstradisi. 

Menurut Agensi Polis Negara Korea Selatan, pihak mereka telah menahan suspek di sebuah pangsapuri di Ulsan pada Khamis menerusi bukti keberadaannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

“Suspek ditahan atas tuduhan dari pihak polis New Zealand kerana membunuh dua anaknya yang berusia tujuh dan 10 tahun yang dilaporkan berlaku pada 2018 di Auckland. 

“Dia dipercayai melarikan diri ke Korea Selatan selepas melakukan jenayah tersebut dan bersembunyi sejak dari itu,” jelas mereka. 

Difahamkan, wanita tersebut dilihat menerusi rakaman dari media tempatan di bawa keluar dari balai polis Ulsan oleh pegawai penyiasat dengan menutup kepada dengan kot bewaran coklat. 

Dia melontarkan kata ‘saya tidak melakukannya’ berulang kali apabila pihak media mengajukan soalan berkaitan kes tersebut kepadanya sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan rasmi polis dan dibawa pergi. 

Penemuan mengerikan

Dua mayat kanak-kanak dilaporkan ditemui dalam beg pakaian yang disimpan dalam unit simpanan terbiar (loker) oleh satu keluarga dalam acara membida lelongan pada 11 Ogos lalu, di New Zealand.

Menurut AFP, mayat tersebut mungkin telah disimpan dalam jangka waktu yang lama hingga menyebabkan proses siasatan menjadi agak rumit. Pihak berkuasa telah berulang kali menegaskan bahawa keluarga yang menemui mayat tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembunuhan. 

Dua Mayat Budak Ditemui Dalam Beg Pakaian Untuk Dilelong, Dipercayai Disimpan Lebih Empat Tahun

Inspektor Detektif, Tofilau Fa’amanuia Vaaelua di Auckland berkata, kes tersebut merupakan antara yang mencabar pernah beliau kendalikan.

“Semuanya bergantung kepada bantuan pihak berkuasa Korea dan penyelarasan oleh kakitangan interpol Polis New Zealand untuk mendapatkan tahanan dari luar negara dalam waktu yang singkat,” jelasnya.

BACA: Kematian Dicemburui, Ustazah ‘Dijemput’ Ajal Saat Pimpin Majlis Khatam Al-Quran Secara “Live”

Sumber: AFP

Faiz Mustafa