Siakap Keli
14 orang termasuk kanak-kanak dilapor maut
Gambar: east2west

14 Orang Termasuk Kanak-Kanak Dilapor Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Sekolah Rusia

14 Orang Termasuk Kanak-Kanak Dilapor Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Sekolah Rusia

MOSCOW — Sekurang-kurangnya  14 orang dilaporkan terkorban termasuk tujuh kanak-kanak selepas seorang lelaki bersenjata dipercayai melepaskan tembakan di sebuah sekolah di Izhevsk, Rusia hari ini.

Memetik laporan Daily Star, suspek yang memakai sut hitam telah menceroboh masuk ke dalam bilik darjah di sekolah yang terletak kira-kira 960 kilometer dari timur Moscow di wilayah Udmurtia.

Penyerang juga didakwa telah membunuh pengawal keselamatan sebelum menyerbu masuk ke dalam bilik darjah di mana dia menarik picu ke arah kanak-kanak, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.

Gambar: East2west

Media tempatan melaporkan bahawa ketua guru sekolah itu telah mengunci dirinya di dalam sebuah bilik bersama seorang guru yang cedera semasa kejadian tersebut.

Perkhidmatan perubatan dilihat membawa keluar mayat dari sekolah tersebut dan membawanya ke hospital.

Sementara itu, suspek telah ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah serta bersama pistol dan timbunan peluru, dia disahkan meninggal dunia.

Gambar: East2west

Gabenor Udmurtia, Alexander Brechalov berkata dalam satu kenyataan bahawa identiti suspek yang telah menembak dirinya masih belum dikenal pasti.

Beliau juga mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi yang berlangsung sehingga Khamis ini.

Bandar Izhevsk  merupakan sebuah kawasan bandar yang menempatkan 640,000 penduduk terletak di barat pergunungan Ural di tengah Rusia.

BACA JUGA: Digelar Ratu 9 Hari, Kenali Lady Jane Grey, Ratu Paling Singkat Memerintah Dalam Sejarah

Sumber: Daily Star

BACA JUGA: Tembakan Bersiri Di Sekolah, 18 Murid & Seorang Guru Terbunuh

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?