Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sanggup Berhujan, Viral Abang Ni Cangkul Parit Kecil, Bantu Alir Air Dari Jalan Raya, Dipuji Ramai
Rakyat Malaysia, tidak dinafikan memang terkenal dengan nilai-nilai murni yang tinggi serta hati yang baik. Kita sesekali tidak akan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan pada yang memerlukan atau berbakti pada masyarakat sekiranya diminta.
Banyak kisah ini tersebar luas menerusi media sosial dan salah satunya adalah usaha Misi Rakyat menyediakan tabung bantuan kepada keluarga mangsa penghantar makanan yang maut dan cedera parah selepas dalam kemalangan tempoh hari.
Terbaru, turut tersebar di media sosial tindakan seorang lelaki menggali saluran di pinggir lebuhraya untuk dijadikan longkang bagi mengalir keluar air yang bertakung di atas jalan.
Menerusi video tersebut, lelaki itu menggunakan cangkul untuk membuat satu parit kecil yang menghubungkan jalan raya itu dengan longkang besar yang berada di tengah-tengah jalan yang memisahkan antara dua hala itu.
Difahamkan juga, ketika itu hujang sedang turun dan lelaki tersebut dilihat begitu fokus bagi menyelesaikan kerjanya untuk memastikan pengguna jalan tidak berdepan dengan sebarang masalah.
Atas usahanya itu, kamera turut merakam air di atas jalan dapat mengalir ke longkang besar dengan lebih mudah selepas lelaki tersebut membentuk laluan khas saliran air menggunakan cangkul.
Meneliti ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut dan dianggap telah memudahkan orang ramai. Jom lihat apa yang orang awam katakan menerusi tangkap layar yang telah kami sertakan di bawah.



BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma
Sesungguhnya, besar jasa abang tersebut kepada masyarakat. Syabas dan tahniah, hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya.
Sumber: JuharMarinkha (TikTok)