Siakap Keli
cari roadblock nak cuba aplikasi myjpj
Kredit: @namasayahaziq | Tiktok

Lelaki Gigih Cari ‘Roadblock’, Nak Cuba Aplikasi MyJPJ

Seorang lelaki sengaja cari kawasan roadblock untuk nak cuba aplikasi MyJPJ yang baru diperkenalkan baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan lesen memandu dan pelekat cukai jalan (road tax) sudah boleh dimilki secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.

Menurutnya lagi, pembaharuan tersebut dilaksanakan ekoran aduan daripada orang ramai berkaitan pelekat roadtax yang dikatakan menyusahkan dan bersifat leceh.

Susulan itu, pihaknya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan pengenalan kepada strategi pendigitalan yang seiring dengan kemajuan negara pada masa kini.

Dalam kenyataan lain, Anthony Loke juga mendedahkan bahawa pengguna yang gagal menunjukkan lesen memandu digital tidak akan disaman oleh penguatkuasa.

Hal ini kerana pihak penguatkuasa masih boleh membuat semakan butiran maklumat menerusi peranti mereka.

Tambahnya lagi, penggunaan lesen secara digital bukanlah sesuatu yang diwajibkan. Pengguna jalan raya masih boleh mendapatkan sticker road tax dan lesen fizikal daripada pihak JPJ sekiranya perlu.

@namasayahaziq_

lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih..🤣🤣🤣#jpjmalaysia #roadtaxmati #fypシ #kembanghidung

♬ original sound – Ajiq Caster – Ajiq Caster

Justeru, kesempatan tersebut digunakan oleh seorang pengguna individu untuk mencuba keberkesanan aplikasi MyJPJ, sama ada ia sama seperti yang diperkatakan oleh Anthony Loke atau tidak.

Disebabkan itu, pemilik akaun TikTok @namasayahaziq telah meronda di sekitar Perlis untuk mencari ‘roadblock’ yang dilaksanakan oleh pihak penguasa dengan secara sengaja tidak menggunakan sticker road tax.

Tidak dinafikan perkara tersebut seperti ‘buang tabiat’ kerana sengaja mencari ‘penyakit’. Mana tidaknya pengguna jalan raya yang lain, kalau boleh memang tidak mahu bertembung dengan pihak berkuasa apatah lagi apabila pemeriksaan dijalankan.

Tetapi, selagi kita tidak melakukan kesalahan, kita tidak akan disaman sesuka hati. Lain pula kisah dengan segelintir orang yang memang takut atau cuak berdepan dengan pihak berkuasa walaupun tidak melakukan salah apa-apa.

Sengaja cari kawasan roadblock nak cuba aplikasi MyJPJ

Berbalik kepada perkongisian daripada Haziq yang berdurasi 35 saat itu, dapat dilihat dia menyapa pihak polis yang bertugas. Namun, reaksi menarik yang diberikan kerana pihak polis yang bertugas seakan terkejut kerana mendapati kereta tersebut tidak menggunakan sticker road tax.

“Allahuakbar. Ini saya jumpa orang pertama dalam Perlis. Terima kasih kerana menunjukkan apalikasi tersebut,” kata pihak polis tersebut.

Jadi, perkongsian ini telah membuktikan bahawa kenderaan yang tidak mempunyai sticker road tax tetapi menggunakan aplikasi MyJPJ boleh memandu dengan selamat di atas jalan raya.

“Lepas buang  road tax di cermin (kereta), kita ronda cari roadblock. Nak jadikan cerita jumpa roadblock JPJ, bukan selalu JPJ nak puji ni,” tulisnya di TikTok.

Tidak hairanlah, perkongsiannya itu mendapat 1,100,000 tontonan, 59,600 tanda suka dan 1308 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:

Lelaki Cari Roadblock
Kredit: @namasayahaziq | Tiktok

 

Sumber: @namasayahaziq | Tiktok

Florence Nuar