Siakap Keli
editor hilangkan jari
Kredit: FB Edit Apa Hari Ini?

“Para Editor Hebat Tolong…” Minta Edit Hilangkan Jari, Tapi Lain Yang Dibuat Oleh Warganet

“Para Editor Hebat Tolong…” Minta Edit Hilangkan Jari, Tapi Lain Yang Dibuat Oleh Warganet

Saban hari, dunia disuapkan dengan berita mengenai perkembangan negara, ekonomi dan isu semasa.

Ada masa orang ramai mahu merehatkan minda daripada membaca berita berkaitan perkara yang serius dan hanya memilih hiburan yang boleh menghilangkan tekanan yang dihadapi.

Jika anda menggunakan Facebook hampir setiap hari, pasti perasan akan kumpulan Edit Apa Hari Ini? yang merupakan pilihan warganet untuk menyunting gambar tanpa bayaran.

Terdapat banyak karya warganet yang mampu membuatkan ramai ketawa hingga pecah perut dan mampu menghilangkan sekejap tekanan kerja.

Namun, di dunia ini benda yang percuma pastinya datang bersama halangan, dan itu termasuk harus bersedia dengan apa jua karya yang dibuat oleh warganet.

Yang pasti, hari anda akan terhibur apabila melihat hasil tangan warganet menyunting gambar mengikut citarasa masing-masing tanpa mempedulikan arahan daripada pemilik.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

“Editor hebat hilangkan jari”

Pengguna bernama Fazilah Osman, tampil meminta pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar miliknya yang ditutup oleh jari.

Permintaan itu dibuat kerana dakwanya dalam gambar itu gayanya sudah elok namun mukanya dihalang oleh jari.

Fazilah Osman mengepilkan gambar dan dilihat dia membuat gaya dengan memberikan bentuk mini love sambil berdiri.

“Para editor hebat tolong alihkan jari ini boleh tak, dah posing elok tapi jari itu halang pula,” katanya di hantaran Facebook pada Ahad.

Kredit: FB Edit Apa Hari Ini?

Suntingan gambar oleh warganet

Tanpa berlegah masa, warga maya mula mengeluarkan kreativiti masing-masing, berkarya mengikut kehendak namun yang paling susah untuk dibuat ialah meneka rupa Fazilah Osman.

Antara yang menarik perhatian, pengguna bernama Jie Jie menggunakan muka daripada pelakon filem Hantu Kak Limah untuk menggantikan muka yang ditutup oleh jari itu.

Jie Jie turut meninggalkan komen lucu hingga ramai yang terhibur kerana tidak menyangka dia akan menyunting gambar sedemikian rupa.

“Mengikut ramalan patik, mungkin inilah wajah sebenar bidadari di sebalik bayangan,” memetik komentar itu.

Kredit: Jie Jie

Selain itu, warganet Fier Aira mendakwa dirinya sudah memberikan yang terbaik untuk menghilangkan jemari itu namun muka tetap hilang.

“Dah cuba selamatkan tapi tak boleh kepala akak hilang sekali,” ujarnya.

Kredit: Fier Aira

Azir Najiha kemudiannya, cuba menyunting gambar namun kelibat Fazilah Osman pula yang ‘dihilangkan’.

Dengan nada bersahaja, dia berkata ‘okay, siap’.

Kredit: Azir Najiha

Dalam pada itu, pengguna AcAp Bunny’s memilih untuk tidak menghilangkan jari dan menggantikan muka pemilik dengan orang lain.

Suntingan itu mengundang ketawa dari orang ramai kerana muka yang ditunjukkan dalam gambar itu sangat kena dengan situasi.

“Mujur tidak alihkan jari itu. Begitu sahaja mukanya,” selorohnya.

Kredit: AcAp Bunny’s

Di samping itu, warga maya Kak Tie pula bertindak untuk membakar jari itu daripada menghilangkannya kerana berfikir teknik itu akan berkesan.

Kredit: Kak Tie

Menjengah di ruangan komentar, Fazilah Osman dilaporkan tidak berasa kecil hati dengan karya yang dibuat oleh netizen malah gembira kerana ramai yang mahu menyunting gambarnya.

Untuk melihat karya orang ramai boleh melihatnya di bawah ini.

Sumber: Edit Apa Hari Ini via Facebook

BACA: Arwah Ibu Meninggal Seawal Usia 3 Tahun, Lelaki Minta Warganet ‘Satukan’ Mereka Dalam Gambar & Ini Hasilnya

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana