Siakap Keli
bayi gempa turkiye
Kredit: Kementerian Kesihatan via Daily Mail

Gempa Bumi Turkiye: Jururawat Bergegas Ke Rawatan Rapi, Lindung Bayi Dalam Inkubator

Gempa Bumi Turkiye: Jururawat Bergegas Ke Rawatan Rapi, Lindung Bayi Dalam Inkubator

Insiden menyentuh hati berlaku apabila dua jururawat bergegas ke bilik rawatan rapi untuk melindungi bayi yang baru lahir ketika kejadian gempa bumi melanda Turkiye berlaku.

Lapor Daily Mail, rakaman itu menjadi tular selepas ahli politik Turkiye, Fatma Sahin berkongsi mengenai video terbabit di media sosial yang berlaku di sebuah hospital di Gaziantep, Turkiye.

Fatma Sahin memuji keberanian yang ditunjukkan oleh kakitangan hospital itu kerana mendahulukan bayi walaupun gegaran berlaku dengan menahan inkubator tersebut.

Rakaman itu diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) wad yang masih berfungsi semasa bencana alam itu berlaku.

Klip itu mendapat pujian besar dalam talian kerana ia menunjukkan bahawa kakitangan di hospital itu tidak mementingkan diri.

Kakitangan terbabit dilihat mendahulukan bayi walaupun pada ketika itu pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

Rakaman itu menunjukkan saat gempa bumi pertama melanda, di mana wad itu didapati kosong kecuali dipenuhi dengan inkubator.

Terdapat sekurang-kurangnya lima bayi di dalam bilik rawatan rapi dan inkubator mereka mula bergegar dengan kuat dengan beberapa menunjukkan pergerakan di atas lantai.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Dua jururawat berpakaian scrub hitam bergegas masuk ke dalam wad beberapa saat kemudian dan menahan inkubator yang paling terjejas dengan sebaik mungkin.

Klip itu menunjukkan bagaimana mereka berpegang kepada inkubator bayi itu dengan stabil sewaktu gempa bumi Turkiye.

Budak 10 tahun ditarik keluar dalam runtuhan

beberapa mangsa yang terselamat telah ditarik keluar dari timbunan runtuhan termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Budak itu ditemui selepas enam hari kejadian gempa itu melanda selatan Turkiye dan rakaman video menunjukkan gadis itu ditarik dalam lubang yang dalam dan sempit.

Selepas itu, pasukan penyelamat meletakkannya di tempat yang selamat dan menutupi badannya dengan selimut.

Selepas seminggu bencana itu berlaku, ketegangan semakin meningkat kerana penduduk di situ dilaporkan telah kekurangan makanan, air dan tempat tinggal.

Sumber: Daily Mail

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana